Salahkah Kahwin Muda??

Assalammualaikum kawan2! Apa khabar ? Dah makan tengah hari ke belum? Alhamdulillah.. Nuna sihat2 saja.. Harap korang pun sama okey? Entah kenapa hari ini tiba-tiba datang idea pula nak blogging. Cuaca pun cantik, mendung.. Wahh lagi selesalah aku



Tajuk aku kali ini adalah Kahwin Muda... Mungkin sesetengah bagi kita yang berpendapat bahawa kahwin muda ni adalah salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada melakukan maksiat kan.. Tapi sesetengah pihak kata orang yang kahwin muda ni gatal lah itulah inilahh.. ye dakk?

Okaylah! Bayangkanlah pada usia yang muda, paling kuman 17 tahun lepas SPM, kamu semua ambil keputusan untuk bertunang, then bernikah pada usia 18 tahun. Kadang-kadang kan, sebelum kamu semua buat keputusan untuk kahwin muda, pernah tak kamu semua berfikir sejenak macam mana study? macam mana kerja? macam mana family? Lagi-lagi kalau kita dari keluarga yang susah and anak sulung.. Mesti kita banyak tanggungjawab kan? Tapi nak kahwin muda jugak? Aik? Macam mana tuh?

Bagi yang jenis orang 'poket penuh' ni atau dari keluarga yang berada, anak manja atau anak yang last ni, mesti tak ada tak kisah pun kalau kahwin muda ni kan.. Tambah-tambah pula kalau orangtu seorang yang pandai. Betul tak? Agak-agaknya ciri-ciri yang nuna ketengahkan ni ada tak serba sidikit kena dengan diri seseorang yang kahwin muda..?

Eh kadang-kadang Nuna buat kaji selidik juga tau! Baiklah.. Andai katalah kan.. Andai kata pada usia Nuna yang terlalu muda, baru setahun jagung nak meningkat dewasa ni kan, umur 18 tahun Nuna rancang nak bernikah...? Okay!

Biar Nuna kongsi dengan kamu semua okay? Nuna bukan dari golongan kaya atau berada. Nuna bukan orang yang tiap-tiap hari duit masuk saja. Nuna bukan anak last. Nuna bukan anak manja. Nuna bukan pandai. Keluarga Nuna bukan kaya. Pendek kata Nuna seorang yang sederhana.. Bohonglah kalau kita tak pernah terfikir nak kahwin muda ni kan.



Nuna fikir, punya fikir, punya fikir, punya fikir.... Kahwin muda dalam keadaan yang serba kekurangan ini? Adakah akan bertambah beban suatu hari nanti? Nuna fikir dua tiga kali.
Eh aku ni tak pandai, tak kaya, habis tu nak kahwin muda.. Menjamin ke masa depan aku nanti? Aku bukannya ada harta pun. Kahwin muda guna duit ibu dan ayah? Mana nak cekup? Lagi pun impian aku nak kahwin dalam dewan.. Boleh ke ibu and ayah aku tunaikan nanti??

Hah nampak tak permainan dia..? Nampak tak?? Tak salah nak kahwin muda.. Kawan Nuna umur 17 tahun dah mendirikan rumah tangga. Selebihnya ramai mula bertunang pada usia 18 tahun. Kau tak nak ke Nuna? Jawapan Nuna ialah Perjalanan Nuna masih jauh lagi untuk memikirkan perkara tu. Nuna ada cita-cita. Nuna nak tolong keluarga Nuna dulu. Nuna nak kumpul duit banyak-banyak dan guna hasil titik peluh Nuna untuk Wedding Nuna suatu hari nanti...

Lagi pun, impian Nuna terlalu besar...



6 comments:

  1. yeah..its true nuna. akak sokong pendapat nuna tue. tapi,jangan takut kahwin muda, bila jodoh dah ada dan pilihan dah tepat. just go on. my sister pun kahwin waktu usia yg muda. jgn takut dgn duit ada or takde, sebab rezeki mesti dicari dan In Sha Allah pasti ada. hehehe..ini cuma pendapat akk jela. huhuhu..wallhualam. :)

    ReplyDelete
  2. sama lah kita..terasa nak kawen awal.tapi study pon tak habis lagi,graduate pon belum,duit takde..mcm mne nak kawen kan hehe..

    ReplyDelete
  3. betul tu kak. lagipun, perkahwinan ni bukanlah atas dasar cinta semata-mata. kena bersedia jalankan tanggungjawab yg sangat besar. lagipun klu kahwin muda sgt masih ada jiwa muda yg cpt memberontak takut rumahtangga terjejas. :)

    ReplyDelete
  4. tak salah cuma..........
    hm fikir lah twice thrice hehehehe :D

    ReplyDelete
  5. oke kita sama. perjalanan masih jauh.. tanggungjawab menjadi seorang isteri sangat sangat besar. kita nak tolong femly dulu. Semoga dipermudahkan, amin amin. (:

    ReplyDelete
  6. kawen muda mmg indah tapi lagi indah kalao bercinta lepas kawen

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..