Apa Pendapat Readers Tentang Highland Tower?

Dah dua kali dah Nuna tengok Highland Tower. Mula-mula sebelum Filem tu ditayangkan, kawan-kawan yang ajak tengok wayang cerita Highland Tower tu. Tiba-tiba Nuna tanya. "Highland Tower? Amende tuh? Cerita apa tuh?" Saya macam bayi yang baru lahir tak tahu apa-apa langsung. Bila-bila Nuna tengok cerita tu, tanya ibu, barulah Nuna tahu apa bendanya Highland Tower tu.. :)

Kemalangan tu berlaku tahun 1993. Nuna tak lahir lagi waktu tu. Patutlah saya tak tahu apa benda ye dak? Hahahahaha Tadi Nuna tengok kat laptop Yang full movie punya. Siap ada The Making lagi part last tuh. Nuna pun dengarlah bebel-bebelnya..

Tiba-tiba Nuna rasa macam nak searching-searching kat Google. Barulah Nuna tahu tentang Highland Tower yang pernah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia. Highland Tower yang berlaku pada bulan Disember 1993 di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Macam-macam info Nuna baca! Tu yang Nuna nak share dengan korang nih.. :)

Apa yang Nuna baca, faktor utama keruntuhan 'kondomaniam' tu ialah air. Waktu tu hujan 10 hari berturut-turut tak berhenti, musim tengkujuh. Tanah mendap dan lagi pun 'kondomaniam' tu berada dikawasan tanah tinggi.. Keruntuhan 'kondomaniam' blok 1 telah meragut hampir 48 nyawa.. Nuna percaya, tak akanlah 'kondomaniam' yang sebesar tu hanya ada 48 mayat saja. Mesti banyak lagi mayat yang tak dapat diselamatkan sebab tertimbus. Bahayanya rumah yang macam tu.. Kalaulah korang nak beli rumah yang macam tu, pastikan jangan beli rumah yang bahagian bawah k? Dan sekarang telah terbukti bahawa kedua-dua 'kondomaniam' yang tinggal telah bertahun lama dikosongkan itu telah pun berhantu.

Aku : "Ayah, tempat Highland Tower tu keras tau!"
Ayah : "Memanglah keras! Kan bangunan tu daripada batu?"
Aku : *&%#$@ Apalah ayah ni.. Ish!
Korang ingat tak babak yang kononnya Mikail bawa Shima balik tu? Sebenarnya itu bukan Shima. Ingat tak? Kalau korang nak tahu, Nuna tak rasa babak tu berlaku betul-betul sebab Nuna rasa babak tu hanya menceritakan semula apa yang berlaku kepada seorang lelaki yang bernama Afiq dan kawan-kawannya.. Ishh panjang tau Nuna nak cerita!

Nuna buka blog Shinichipedia ni tau! Hahahaha Korang tahu tak apa yang dia kata? Jab eh!

SERAM 1!
Aku termasuk kawan aku semua adalah dalam enam orang. Yang bawatorchlight hanya dua orang, maka dengan itu pergerakan agak terbatas. Terbatas disebabkan kawasan sekitar terlampau gelap. Takut kalau-kalau terpijak sepihan kaca atau objek-objek tajam yang ada kat atas lantai. Dan ini adalah salah satu faktor yang menyumbang terhadap keseraman.

SERAM 2!
Selain gelap, kawasan sekitar juga begitu menyeramkan dengan tumbuhan liar seperti semak samun, lalang dan sebagainya. Apabila kegelapan bergabung bersama kesemakan, maka terhasillah satu unsur baru iaitu nyamuk. Nyamuk kat Highland Tower sangat celaka, berani-berani saja dia hisap darah aku. Mentang-mentanglah aku pakai baju pagoda je time tu.

SERAM 3!
Ketiga ni paling seram, setan, syaiton, jin, iblis dah takde beza dengan manusia. Ianya adalah kerana mat gian, mat ganja dan segala jenis mak nenek mat semua ada kat dalam tu. Menjadikan kesemua syaitan yang digeruni bertempiaran lari meninggalkan Highland Tower. Mana taknya, gaya diorang mengalahkan setan pulak.


Nuna nak ketawa part Seram No 3 tu.. Hahahahahahaha

4 comments:

  1. best tak cerita ni kak? sy tak tengok sbb banyak baca org kata fake lah, pening kepala lah and etc. so sy pon malas nak tengok. hihi.

    ReplyDelete
  2. dah tengok. seram jugak la.. n memang nak tau sangat pasal highland tower ni lps tgk cite tu. maklumla mase tu umur baru 2 tahun. hehe. n tq for the info. baru la tau sejarah dia..

    ReplyDelete
  3. part dy bawa balik shima tuh betul la dik.. tmpat tuh mmg keras.. akak poie HT wif mber akk sje nk view dr dekat.. blik tuh trus demam.. smpai skang nk tdo mlm pn susah..klo ikut MRR2 akn nmpak la HT ni..

    ReplyDelete
  4. Anonymous : Nuna tak tahu. Tapi waktu babak yang bawa balik shima tu, Nuna ketawa part tu. Sebab muka shima tu kelakar. Nuna tak rasa babak tu betul sebab Nuna ada terbaca satu artikal yang sebijik sama berlaku macam babak bawa balik shima tuh. Tapi cerita dalam artikel tu lebih seram dari babak bawa balik shima..

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..