Habis typing, terus 'PUBLIC' sampai lupa nak letak 'Title' post..




Malam tadi sebelum tidur teringatkan someone. Kawan saya. Si Adaa tu. :) Kalaulah... Hah, tak ada apa-apalah.. :') Saya pernah cerita pasal dia pada post yang sebelum ni. :) siapa yang baca tu, hah kenal lah dia. :)



Pernah jumpa tak kawan yang 'perfect' ? Atau kata lain sempurna? Kawan yang sempurna dari pelbagai perkara? Mustahil lah kalau korang jumpa ! Kawan tu siapa? Manusia kan? Manusia tu sempurna ke? Tak Kan ? Okey, soalan bodoh !

Sikit kawan berkecil hati dengan kita, maknanya kita bukan sempurna. Sikit kita berkecil hati dengan kawan kita, maknanya kawan kita bukan sempurna! 
Ikutkan hati memang berat rasanya nak balik rumah untuk minggu ni. Tapi rumah kawan ada buat open house, maka kenalah datang. :) Bersusah-susah untuk jaga hati kawan kamu. Tapi kalau disebaliknya, bagaimana pula? Kita kenalah saling bertolak ansur. Kalau tak kita, kamulahh. Kalau tak kamu, kitalahhh :') Habis tu siapa lagi? Itu saja cara yang ada bagi mengelakkan pertelingkahan.

Andai kata kamu rapat dengan kawan kamu (berdua). Ini contoh. Kalau kamu rasa kamu kawan yang selalu mengalah, kalau kamu rasa kamu penat pendam segala kekurangan kawan kamu, jalan penyelesaiannya ialah cari atau pilih SEORANG saja kawan kamu yang BARU kamu kenal atau TAK RAPAT dan yang kamu percaya. Seorang saja! Jangan lebih! Percayalah saya.. Dan luahkanlah segala-galanya.. Insya Allah kawan baru kamu akan memberikan pendapat.

Kedua, ketika kamu meluahkan, WALAU SEBESAR MANA PUN SALAH kawan kamu itu, jangan sesekali bagi tahu nama kawan kamu yang sebenar pada kawan baru kamu demi menjaga AIB kawan kamu itu. Biar sajalah kawan baru kamu itu mendengar dengan jelas luahan kamu. Jangan sesekali terlepas cakap.

Dan apa yang saya nak cakap ini telah saya lalui.
Kalau kamu benar-benar ingin pertahankan persahabatan kamu, kalau mampu bertahan, bertahanlah! Kalau rasa kuat, maka pendamlah, telanlah, segala kekurangan kawan kamu okey? :')

Kalau boleh elakkanlah dari bergaduh..

Baru-baru ni, terasa hati dengan kawan saya sebab dia tarik muka dengan saya.. Serius saya sedih.. Tapi saya diamkan saja.. Sebab tak nak bergaduh dengan dia. Saya tak retilah nak pujuk orang yang merajuk ni. Ada tips tak? :'D



No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..