Antara Rasa Cinta Dan Kasih Sayang..

Nyamuk Jalan-jalan kat keyboard saya. Rasa bersalah pulak nak pukul sebab bila pukul nyamuk tu, pukul sekali dengan keyboard ni. Hihihi Maka dengan itu, saya pun tunggulah nyamuk tu terbang tempat lain dan barulah pukul.. :) Tadi Tengok bola tau. Apa lagi kalau Malaysia XI Lawan FC Barcelona .. wah... Saya beria2 dok depan tv beserta novel kat tangan .. Aik ? Mana satu nak tengok ni? Novel ke Bola? Heshhh ! Itu bukan ceritanyalah weh.. Hahaha dua-dua aku tengok tau.. Aku punyalah cari Mana Messi tu.. Last-last dia tunjukkan pemain-pemain.. Aku tengok nama Messi Tak ada .. :( Nama dia kat Pemain simpanan. Oh menn.. sob sob sob .. hahahahahaha

Tengah dengar lagu Republik-Sandiwara Cinta. Sekarang lagu ni tengah bermain dicorong-corong radio tau! Dalam sehari, mesti ada lagu ni. :) Saya suka lagu ni.. :)
Tengah-tengah baca novelkan, saya jumpa sesuatu.. Ye Antara Cinta dan Kasih Sayang..Yang mana korang pilih? Bila aku fahamkan novel tu, baru aku tahu yang kasih sayang itu penting! Cinta akan wujud selepas hadirkan rasa kasih sayang dalam diri masing-masing. Cinta hadir dari mata kemudian turun ke hati. Bila cinta dikhianati atau diri dilukai kemungkinan cinta akan terus pergi atau lenyap begitu saja..

Tapi bagi aku, kasih sayang tidak! Kasih sayang telah wujud dalam diri kita sendiri. Sayang menyayangi antara pasangan kita, maka wujudlah perasaan cinta.. Kasih Sayang sememangnya ada dalam diri kita.. Kasih sayang sentiasa ada dalam diri kita.. Kekal.. Sayang kepada semua makhluk Allah.. Maka, kita tak perlu risau bahawa sama ada dia cinta akan kita atau tidak. Sekurang-kurangnya kita tahu yang diri kita disayangi dan dihargai.. :)

Entah kenapa aku tiba-tiba nak kongsi perkara ni kat korang semua.. Entah.. Aku pun tak tahu.. :'') Tiba-tiba aku teringin nak ada lelaki dibelakang aku pula.. Bukan kekasih Tetapi cukup seorang lelaki sebagai sahabat yang rapat dengan ku, yang menyayangiku, yang melindungiku dan teman aku.. :) Seelok-eloknya biarlah sahabt kita bertentangan dengan jantina kita sendiri.. Sebab tidak sama dan rasanya luar biasa.. :)


No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..