Be Strong!

Dikala orang seronok sangat bergembira pergi open house, aku ni seperti orang bodoh. Dikala orang sibuk bergembira dengan keluarga baru, dikala orang seronok dengan dunia baru.. Tapi aku, sibuk bersedih, aku yang sibuk dengan semua hal, aku yang sibuk dengan memikirkan orang lain sampai diri aku pun tak terfikir, aku yang sibuk menjaga perasaan orang, sampai perasaan sendiri pun tak terjaga.

Kalau korang semua nak tahu, petang tadi aku baru saja balik dari asrama. Kemudian, aku ambil keputusan untuk balik balik pada pagi esok. Mesti korang kata bodoh kan? Dah balik asrama, dah ada kat rumah dah, tapi balik asrama balik.. Sambil membawa hati yang.... Grrr entah lahh.. Tak nak cakap.. Hahahaha :'D
Aku malas nak cerita straight sebab apa ya? sebab aku malas lahh..? Hahahahha
Yela nak buat macam mana?

Lepas sorang, sorang pergi tinggalkan aku.. Aku kena teruskan juga pendirian aku! Aku kena teruskan juga haluan yang aku dah pilih! Aku kena berjuang jugak! Berjuang dengan perasaan aku sendiri... :'( Okey aku menangis...


knon2nya ini akulah yang sekarang.
yang tengah menangis.. :')
Sambil typing dengar lagu nomad tetap menantimu. Malam karang, aku nak mintak maaf kat ayah aku sebab menyusahkan ayah aku.. Ayah jia janji tak buat lagi.. Jia Janji ayah... Fuuhhh bergenang air mata..

lebih baik aku pendam.. Malaslah nak share dengan kawan2..  Itu jalan yang terbaik..Sakit sorang2, sedih sorang2, kecewa sorang2,KAN SERONOK KALAU MACAM NI SELALU.... ?
Itu status aku kat facebook. Aku cuba untuk update status di facebook yang positif. Aku buat semua ni sebab aku tak nak kawan-kawan aku tahu.. Aku nak korang semua tahu yang walaupun aku dah tiada sesiapa lepas ni, aku tetap kena kuat. Dan cuba untuk menjadi seorang yang kuat. Walaupun pada hakikatnya aku lemah. Aku nak belajar betul2. Macam apa yang kawan aku cakap. Aku berada disitu hanyalah sementara saja.

Saya suruh ayah saya topupkan saya semata-mata nak mesej dengan kawan saya pasal esok. Tapi.... kawan saya....... hurmm... dia kata salah saya.. Oh yeke.. Maaflah aku menyusahkan kau..
Seperti ada batu atau beban yang menghempap dada saya... Sakit sangat..... Aduhhhhhhhh.....

"September Giveaway by www.cikyaya.my"


klik banner untuk join

MEGA GIVEAWAY BY DJH & AHKAK GOJESS



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Angah dan Ahkak Gojess kali ni telah bekerjasama untuk membuat MEGA GA.Kenapa mega ga?? Sebab hadiah yg sangat2 best!! :D





GIVEAWAY ni akan berjalan selama 2 minggu sahaja!! :D

Syarat-Syarat Menyertai GIVEAWAY ini ialah:

  1. FOLLOW Blog penganjur AHKAKGOJES & DJHAdd To Circle Google +Mohamad Khairil  dan Like DiariJejakaHangat.
  2. Wajib LIKE.FOLLOW blog sponsor2 berikut.
  3. Buat entri bertajuk MEGA GIVEAWAY BY DJH & AHKAK GOJESS
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini. *WAJIB
  5. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual

BLOG PENGANJUR*WAJIB
 |AHKAKGOJES | DJH |

BLOG SPONSOR*WAJIB

 Add To Circle Google Kathy Rbain

LIKE FANPAGE SPONSOR*WAJIB


FOLLOW TWITTER *WAJIB

SILA KLIK UTK LIHAT HADIAH

SENARAI PESERTA
Harap korang support GA Angah dengan Ahkak Gojes ni :D

Habis typing, terus 'PUBLIC' sampai lupa nak letak 'Title' post..




Malam tadi sebelum tidur teringatkan someone. Kawan saya. Si Adaa tu. :) Kalaulah... Hah, tak ada apa-apalah.. :') Saya pernah cerita pasal dia pada post yang sebelum ni. :) siapa yang baca tu, hah kenal lah dia. :)



Pernah jumpa tak kawan yang 'perfect' ? Atau kata lain sempurna? Kawan yang sempurna dari pelbagai perkara? Mustahil lah kalau korang jumpa ! Kawan tu siapa? Manusia kan? Manusia tu sempurna ke? Tak Kan ? Okey, soalan bodoh !

Sikit kawan berkecil hati dengan kita, maknanya kita bukan sempurna. Sikit kita berkecil hati dengan kawan kita, maknanya kawan kita bukan sempurna! 
Ikutkan hati memang berat rasanya nak balik rumah untuk minggu ni. Tapi rumah kawan ada buat open house, maka kenalah datang. :) Bersusah-susah untuk jaga hati kawan kamu. Tapi kalau disebaliknya, bagaimana pula? Kita kenalah saling bertolak ansur. Kalau tak kita, kamulahh. Kalau tak kamu, kitalahhh :') Habis tu siapa lagi? Itu saja cara yang ada bagi mengelakkan pertelingkahan.

Andai kata kamu rapat dengan kawan kamu (berdua). Ini contoh. Kalau kamu rasa kamu kawan yang selalu mengalah, kalau kamu rasa kamu penat pendam segala kekurangan kawan kamu, jalan penyelesaiannya ialah cari atau pilih SEORANG saja kawan kamu yang BARU kamu kenal atau TAK RAPAT dan yang kamu percaya. Seorang saja! Jangan lebih! Percayalah saya.. Dan luahkanlah segala-galanya.. Insya Allah kawan baru kamu akan memberikan pendapat.

Kedua, ketika kamu meluahkan, WALAU SEBESAR MANA PUN SALAH kawan kamu itu, jangan sesekali bagi tahu nama kawan kamu yang sebenar pada kawan baru kamu demi menjaga AIB kawan kamu itu. Biar sajalah kawan baru kamu itu mendengar dengan jelas luahan kamu. Jangan sesekali terlepas cakap.

Dan apa yang saya nak cakap ini telah saya lalui.
Kalau kamu benar-benar ingin pertahankan persahabatan kamu, kalau mampu bertahan, bertahanlah! Kalau rasa kuat, maka pendamlah, telanlah, segala kekurangan kawan kamu okey? :')

Kalau boleh elakkanlah dari bergaduh..

Baru-baru ni, terasa hati dengan kawan saya sebab dia tarik muka dengan saya.. Serius saya sedih.. Tapi saya diamkan saja.. Sebab tak nak bergaduh dengan dia. Saya tak retilah nak pujuk orang yang merajuk ni. Ada tips tak? :'D



Mengenali Personaliti Diri Melalui Kuku

Hah baru lepas melawat peserta-peserta dari Segmen Ini . Hampir 60 peserta yang aku melawat and tinggalkan comment. Entah kenapa terasa rajin tiba-tiba. Kalau tak, selalunya aku join segmen, jangan haraplah aku nak hit back balik kat si owner yang comment tu. Hahaha malas lah katakan. Tapi kalau dia dah suruh, nak tak nak, kenelah juga :)

Kuku korang jenis apa?? Kuku aku jenis persegi yang kecik punya. Hahaha ya memang kecik. Dalam keluarga aku, ada dua orang kuku kecik. Aku dengan kakak aku yang sulung tuh! Jom check?

gambar ni sangat teliti. ambil kat google image :)
Bentuk Almond
Menunjukkan seseorang itu seorang yang peka, lemah lembut, sopan dan pemimpin

Bentuk Oval
Sifat diri seseorang yang romantik, wau.. hahahaha seorang yg risau dan mungkin mudah merajuk. hurm?

Bentuk Kerang
Ada juga bentuk kerang ek? sikap yang kelam kabut atau cemas dan mudah membawa pertengkaran. Hah hati-hati lah ya? Kawal diri tu :)

Bentuk Persegi
Ini aku.. Seorang yang sabar, minda yang sihat dan ape tah lagi.. aku pun tak ingat! Hahahaha

Bentuk Lebar
hah ni cepat naik marah.. Datang bulan lah tu?? hahahaha

Aku nak cakap sikit ni. Jangan percaya seratus peratus tentang kuku ni. Perjalanan hidup kita telah pun ditentukan oleh Allah. Kalau ada kene mengena dengan diri kamu, mungkin kebetulan saja. :) Ini hanya sekadar suka-suka saja. :) Macam Zodiak? Aku virgo :)
Aku ambil di satu web indon. Huhuhu saja nak share dengan korang..
Enjoy k? Comment la sikit kuku korang yang  comel2 tu :)

"Segmen Follow Mengfollow Sampai Pengsan by Cik Hawa"



KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh Mula :- 20 July 2013
Tarikh Tamat :- 20 August 2013


Mangsa Tag Saya :

Raya Dah Habis Dah.

comel mellow2 ni kan.. :)


Peghh naik lenguh tangan aku menulis karangan, kering idea aku seh .. Ceh idea? Jangan haraplah aku nak cari idea dengan kepala otak aku yang macam ni nih.. Hello guys?? Teknologi sekarang kan dah canngih ?Apa gunanya laman sesawang kalau kita sendiri yang tak gunakan dengan betul, betul tak ? Hah aku ambil saja point2 yang penting, then aku buatlah ayat sendiri. Bukan malas tapi aku tak rajin nak fikir. Hahaha Sama saja kan. Senget tak aku? Langkah mengekalkan amalan berbudi bahasa. Senang kan? Ya! Senang sangat jahhh ! Grrr.. Siapa kata susah? Ketuk kepala dia. Hahahahaha

Raya dah pun berlalu membawa seminggu sekali. Dan ! Seminggu tu jugalah aku tak buat kerja rumah! Hahahaha Bukannya tak buat langsung, bukannya tak sentuh langsung.. Adalah jugak aku pegang and baca sikit dari pada TAK ADA LANGSUNG, TAK SENTUH LANGSUNG, tak ke teruk namanya tu? Hahahaha sorry ek? Aku ni memang macam ni.. Peace yow! Hah ada yang cuti dua minggu. Kalau student STPM macam aku ni, dapatlah cuti dua minggu nanti. Kalau student yang dah sambung belajar kat tempat lain, hah kenalah naik belajar balik. Hahaha Okay ayat aku macam sampah! Sumpah korang tak faham! Hahahaha



Bagi adik-adik blogger yang still sekolah lagi tu, hah! Study jangan lupa. Terutama sekali adik-adik yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun ni. Hahahaha aku STPM tahun ni jugak! Cakap orang. Hahahahahahaha Akunya bulan 11. Peghh Dah tak boleh malas-malas lagi dah. Kena rajin-rajinkan diri. Tak nak tengok tv lagi dah.. :) Tak nak itu tak nak ini.. Hehehehehe Janji and insya Allah aku nak buat yang terbaik dalam exam nanti.. :) Dapatkan pointer yang tertinggi.. Berapa? Errr berapa tu aku tak pastilah! Hahahaha alaaaa sekadar melepasi untuk masuk ijazah pun dah cukup. Alhamudulillah.. Tapi kalau ada subjek yang gagal, aku terpaksa repeat lah.. Mana boleh biar macam tu jek. :)

Satu Perkara aku nak bagi tahu. Bila kita lakukan sesuatu tapi tak ikhlas, benda tu tak akan menjadi sebab kita lakukan dengan tiada kasih sayang.
Jangan sesekali mentertawakan di atas kesilapan seseorang.. Takut nanti suatu hari nanti ada orang yang akan mentertawakan kita lebih dari apa yang kita buat kat orang. Setiap apa yang kita lakukan ada balasannya.
Dah lahh banyak keje yang aku kena buat.. Mata dah terpandang cerita DO RE MI . Hahahaha Layan lawak giler. Hahaha k tata! Assalammualaikum..

"Segmen UP follower by Kawaii Gurlzz"





Antara Rasa Cinta Dan Kasih Sayang..

Nyamuk Jalan-jalan kat keyboard saya. Rasa bersalah pulak nak pukul sebab bila pukul nyamuk tu, pukul sekali dengan keyboard ni. Hihihi Maka dengan itu, saya pun tunggulah nyamuk tu terbang tempat lain dan barulah pukul.. :) Tadi Tengok bola tau. Apa lagi kalau Malaysia XI Lawan FC Barcelona .. wah... Saya beria2 dok depan tv beserta novel kat tangan .. Aik ? Mana satu nak tengok ni? Novel ke Bola? Heshhh ! Itu bukan ceritanyalah weh.. Hahaha dua-dua aku tengok tau.. Aku punyalah cari Mana Messi tu.. Last-last dia tunjukkan pemain-pemain.. Aku tengok nama Messi Tak ada .. :( Nama dia kat Pemain simpanan. Oh menn.. sob sob sob .. hahahahahaha

Tengah dengar lagu Republik-Sandiwara Cinta. Sekarang lagu ni tengah bermain dicorong-corong radio tau! Dalam sehari, mesti ada lagu ni. :) Saya suka lagu ni.. :)
Tengah-tengah baca novelkan, saya jumpa sesuatu.. Ye Antara Cinta dan Kasih Sayang..Yang mana korang pilih? Bila aku fahamkan novel tu, baru aku tahu yang kasih sayang itu penting! Cinta akan wujud selepas hadirkan rasa kasih sayang dalam diri masing-masing. Cinta hadir dari mata kemudian turun ke hati. Bila cinta dikhianati atau diri dilukai kemungkinan cinta akan terus pergi atau lenyap begitu saja..

Tapi bagi aku, kasih sayang tidak! Kasih sayang telah wujud dalam diri kita sendiri. Sayang menyayangi antara pasangan kita, maka wujudlah perasaan cinta.. Kasih Sayang sememangnya ada dalam diri kita.. Kasih sayang sentiasa ada dalam diri kita.. Kekal.. Sayang kepada semua makhluk Allah.. Maka, kita tak perlu risau bahawa sama ada dia cinta akan kita atau tidak. Sekurang-kurangnya kita tahu yang diri kita disayangi dan dihargai.. :)

Entah kenapa aku tiba-tiba nak kongsi perkara ni kat korang semua.. Entah.. Aku pun tak tahu.. :'') Tiba-tiba aku teringin nak ada lelaki dibelakang aku pula.. Bukan kekasih Tetapi cukup seorang lelaki sebagai sahabat yang rapat dengan ku, yang menyayangiku, yang melindungiku dan teman aku.. :) Seelok-eloknya biarlah sahabt kita bertentangan dengan jantina kita sendiri.. Sebab tidak sama dan rasanya luar biasa.. :)