Nukilan Dariku Khas Buatmu..



Ya Allah aku bersyukur ke atas apa yang aku ada. Aku bersyukur setiap apa yang KAU beri pada aku. Aku bersyukur kerana aku masih diberi ujian, dugaan dari MU, ya Allah. Kerana aku tahu, dengan semua dugaan yang KAU beri dapat memberikan aku kekuatan, kesabaran dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang. Namun aku akui aku tetap insan yang lemah. Aku tidak akan meminta apa-apa dari MU. Aku akan cari apa yang aku nak dalam diri aku sendiri.. Aku yakin itu ya Allah. Terima kasih ya Allah. Kalau tidak ‘itu’, mungkin aku tidak nampak, mungkin aku buta, mungkin aku sering menyalahkan diriku, mungkin aku menjadi insan yang terlalu meminta-minta dari MU, ya Allah. Kerana aku sedar aku siapa.

Disetiap pertemuan adanya perpisahan. Jodoh, ajal dan disetiap jalan kehidupan kita, semuanya telah dirancang sejak kita azali lagi. Macam apa yang aku katakan.  Perjalanan hidup kita yang telah ditentukan oleh Allah, sememangnya sarat dengan RAHSIA. Maka oleh itu kita sebagai manusia perlu BERSEDIA dalam menghadapi apa jua rintangan yang mendatang. Yang penting, hati kita. Perlulah cekal, tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dariMU. Aku lega ya Allah. Aku lega selepas dapat tahu segala-galanya. Semua itu mengajar aku untuk menjadi lebih cekal, lebih kuat. Ya Allah, aku tak sabar nak menunggu ujian, dugaan dariMU untuk ku kerana hanya itulah yang akan membuatkan diri kita berubah menjadi insan yang lebih baik..



Semua inginkan kebahagian. Orang gila saja tak mahukan kebahagian.  Kebahagian memang akan datang. Tapi percayalah itu semua hanyalah sementara dan akan KEKALnya kebahagian apabila kita sentiasa mengingati Yang Maha Esa. Tak salah untuk kita suka pada seseorang. Tak salah untuk kita cinta pada seseorang kerana perasaan adalah fitrah bagi setiap manusia. Kita tak boleh nak halang perasaan tu dari terus hadir. Kan? Dan tak salah pun kalau kita nak terus pendam perasaan untuk orang yang kita sayang. Namun sanggupkah kita hadapi sakit seorang diri? Cemburu seorang diri? Merintih seorang diri? Menangis seorang diri? Sebab tulah orang kata ‘Perasaan ni mesti diluahkan..’ Tapi kalau rasa diri kamu kuat dalam menghadapi semua itu, teruskanlah. Mungkin itu yang terbaik? Mungkin kita takut kalau kita dikecewakan selepas kita meluahkan? Betul tak?

Apa-apa pun semua ni telah pun dirancang, ditentukan. Oleh siapa? Oleh Yang Maha Berkuasa. Maka tak perlulah kita terburu-buru dalam mencari pasangan hidup. Tak perlulah sibuk-sibuk bunuh diri semata-mata kerana cinta kan? Memang bodoh lah jawabnya. Dalam al-Quran pun ada cakap yang jodoh kita SEMEMANGnya ada. Cuma cepat atau lambat saja. Maka kalau nak jodoh cepat, ada TIGA cara. USAHA, DOA dan BERSERAH ! Itu saja yang termampu. Dan kemudian yang penting sekali JANGAN PUTUS ASA. Kalau dia dah ditakdirkan bukan untuk kamu, redha sajalah. Mungkin Allah nak tunjukkan ada yang lebih baik dari dia atau sebaliknya.



Di setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, kita tak tahu satu! Kita bodoh tentang satu perkara! Apa yang satu tuh? Iaitu disetiap apa yang kita lakukan, PENUH dengan HIKMAH. Tapi sayang, diri sendiri saja yang tak nampak. Cuba lah belajar menjadi seorang yang tidak mudah melatah. Belajar menjadi seorang yang tidak mudah mengeluh apabila ditimpa musibah atau sebarang masalah. Belajarlah untuk menjadi seorang manusia yang kuat dalam menghadapi masalah. Kemudian carilah HIKMAH yang terselit pada setiap masalah yang datang. Pasti akan jumpa. Now, aku pun sedang belajar.



Lepas apa yang aku rasa, aku mula sedar. Selama ni aku tak sedar. Kalau lah aku tak tahu tentang semua tuh, mesti aku lemah kan. Mesti aku tak kuat kan. Mesti aku mengeluhkan.. Yang penting sekali cuba untuk terima kenyataan disetiap apa yang berlaku. Mungkin itu yang terbaik dari Allah untuk hambaNYA. Itu semua mengajar aku untuk lebih berfikir secara matang. Ya, dalam kepala aku hanyalah CITA-CITA bukan CINTA.. Cinta ? Cinta tu bila-bila pun boleh cari. Tapi kalau ‘dia’ dah datang, aku tak mampu lah nak menolak kehadiran ‘dia’ tu.  So, hargailah apa yang kita ada. Hargai apa yang berada didepan mata kita. Jangan one day dia dah pergi, baru nak meraung sana, meraung sini kan..

Hurm rajinnya aku buat nukilan ni. Hah ilham datang dengan berjela-jela! Memang tak dapat dinafikan bahawa aku dapat segala mesej yang disampaikan dalam drama tu. Banyak yang aku tak tahu dan apa yang aku tak tahu tu telah pun diisi dengan tahu. Hahahaha bukan tahu yang tahu makanan tu! Mwawawa.. Kadang-kadang rasa cemburu bila melihat kebahagian orang kan? Aik? Buat apa nak cemburu dengan apa yang orang lain ada? Kita pun ada what? Ada family, ada kawan-kawan. Tak ada kekasih ? It’s okay! 

Ah,, dah tak penting dah semua tu! Yang penting sekarang ni, aku tak nak terikat dalam mana-mana sebarang hubungan sekali pun..  Haishhhh! Tak mahulah aku. Buat masa ni, aku nak buat bersungguh-sungguh. Aku nak capai cita-cita aku untuk sambung belajar di luar Negara. Iaitu di Australia! Yeah! Tempat yang aku idam2kan selama ni. Wauu, dan secara tidak langsung aku dapat buktikan yang aku akan berjaya pada suatu hari nanti. Insya Allah, aku akan dapatkan band 4 dalam MUET nanti. Dan nak pastikan sejarah dan PA aku cemerlang dalam exam nanti! Nak tahu kenapa? Sebab aku teringin nak jadi seorang Lawyer yang Berjaya pada suatu hari nanti. Aku nak buktikan kepada semua orang. Aku mahukan rumah macam rumah dalam drama tu, aku mahukan apa yang aku belum ada lagi sekarang.  Aku mahukan kejayaan. Aku mahu berikan kejayaan kepada mereka yang kenali aku. 



Ya Allah, drama itu sangat memberikan kesan yang positif dalam diri aku! Dan kejutan atau heart attack kepada sesiapa yang always pandang rendah ke atas kemampuan aku. Ya aku mampu menangini kakak-kakak dan adik-adik aku.. J semua itu akan tercapai sekiranya adanya USAHA, DOA, TAWAKKAL DAN SIFAT TIDAK MUDAH PUTUS ASA..
Yeah! J

Coretan ikhlas dari,


No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..