Kesibukkan Bermula Sebagai Student Form 6!! Kisah ku :)

Okay, kali ini saya nak cakap banyak tau. Memandangkan Jumaat, Sabtu dan Ahad saya tiada masa nak update blog.. :( Baru sekarang dapat update tau. Ini pun baju tak iron lagi! Baiklah dengan lafaz Bismillahhirrohmannirrohim, saya mulakan blogging saya..

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat luangkan masa dengan berblogging.. Yes! Hari jumaat, saya memang tak sempat. Balik asrama, tidur dari petang sampailah tersedar jam dua pagi! Memang tak solat! Letih ya amat sebab hari jumaat ada sukan sekolah then saya pula masuk perbarisan. Esok hari sabtu, ada Kejohanan Tingkatan Enam pula! Esok tu jam 6 pagi saya bangun! Game pada tahun ni ada permainan Bola Tampar Lelaki dan Perempuan, Futsal Lelaki dan Bola Jaring Perempuan. Saya tak masuk apa-apa. But saya bertugas sebagai AJK sebab sekolah saya jadi tuan rumah. Peghh memang kebas punggung saya duduk atas kerusi tu lama-lama. Saya pegang jawatan sebagai Score Sheet. Tahu tak amendenya 'natang' tu? Saya kena perhatikan, focus kepada pemain GA atau GS yang golkan dalam permainan bola jaring. Ah, confirm kamu semua tak faham apa yang aku merepek ni kan??

kalau korang large pic yang ini, korang tak akan faham.
lainlah kalau sesiapa yg dah ada pengalaman..


Hahahaha abaikan. Yang itu semua baru pembuka! Ini nak masuk isi pulakk... Saya serahkan camera saya pada kawan saya pemain bola tampar. Team Bola Tampar sekolah kami habis awal dan alhamdulillah team bola tampar kami dapat pergi isnin ini untuk lawan lagi. Tangkap gambar punya tangkap gambar nak save kat pendrive pun dah tak muat dah! Ingatkan nak masuk dalam blog? Kalau masuk dalam blog, alamatnya korang yang baca tu asyik kena scroll je la jawabnya.. Hahahahaha :P
Nasib tidak menyebelahi Team Bola Jaring. So, tak dapatlah pergi hari isnin untuk berlawanan and lihat siapa yang juara. It's okay. Ada hikmah and bukan rezeki kita.. Tapi sedihla juga sebab ada beberapa masalah yang berlaku dalam team bola jaring tu. Memang tak dapat nak dielakkan. Apa-apa pun, saya tetap nak tunjukkan wajah2 ceria kami semua. Dan tolong doakan untuk Team Bola Tampar yang berjaya ke pusingan seterusnya ya? Mudah-mudahan dapat jadi Juara.. Amin..

wajah-wajah happy sebelum pergi. Naik bas sama-sama.
Love you all. Baju purple baju Pra-U..
Best sebab semua pakai.. :)

photographer yang tak bertauliah saya tu hah dua dari kanan.
hahahahaha Kembar aku la. :)
gambar yang ini waktu tunggu turn untuk lawan.
peace!

time ni hati semua okey jerk. Main pun happy2 jek.
tapi itu semua semetara.
Alaah, kalau dah kalah, memang lah adat dalam bertandingkan. Tapi kalau ada faktor lain yang membuatkan team kamu kalah macam mana? Mesti sedihkan? Haishh nak buat macam mana. Masa tu bukannya boleh dipatah semula. Kan kan kan.. Saya pun hanya mampu tersenyum! smiley :)

Yang warna hijau tu team Bola Jaring.
Sebelum memulakan perlawanan memang kena salam.
Hehehe tanda penghormatan..


petugas, pengadil dan guru-guru yang bertugas..
jam Lima petang lebih, kemas dewan bagi petugas.
semua senyum walaupun penat. :)

Banyak lagi sebenarnya, Tapi saya takut orang yang baca ni penat dan bosan pula nak bacanya! Hahahaha apa-apa pun terima kasih kerana meluangkan masa dengan post saya ni, sebab seminggu dalam sekali atau dua kali saya akan update blog sebab saya dah tak free macam selalu dah.. :( Kikikiki Saya akhiri post saya dengan Assalammualaikum.. Peace!

akhiri dengan senyuman.
pic ambil kat fb. hehehehe tata
#Lepas habis sukan, saya pegang jawatan sebagai seorang Pengarah  yang dilantik oleh Cikgu saya sendiri dalam pembikinan drama. Nantikan post saya yang seterusnya!

No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..