Hari Pertama Berpuasa .. :)



Assalammualaikum. Hari ini hari Rabu pada taerikh 10 Julai 2013 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1433.? Korang yang baca ni apa khabar? Saya alhamdulillah sihat wala'fiat. Harap yang baca ni pun sama okey? Alhamdulillah juga sebab team bola tampar kami telah mendapat Naib Juara dalam Perlawanan Kejohanan Tingkatan Enam. Saya happy sangat-sangat. Kawan-kawan pun happy! Yela, siapa tak happy kalau team kita menang kan? Ingatkan senang ke nak lawan diorang yang kuat-kuat tu? Hahahahaha Apa-apa pun tahniah kepada Team Bola Tampar 2013 ! Cayok2 .. :D

#Ingatkan nak masukkan gambar, but tak ada yang sesuai lahh.. :(

First sekali saya nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam. :) Puasa jangan tak puasa ya? Hehehe Saya dapat cuti sehari saja! Kenapa sehari je? :p Ish memang tak adil. Geram pula saya. Dah tu saya terpaksa buat muka bodoh keluar sekolah tanpa rasa bersalah. Kenapa? Yela sayakan asrama. Nak keluar pun leceh gila! Kena minta tanda tangan tu okeylah jugak! Tapi nak cari tukang tanda tangan nya sampai saya HANGIN satu badan! Siapalah yang tak menyirap kalau kita nak balik, nak minta tanda tangan tapi cikgu tu macam biskut kan? Hadoiii! Tension betul hari ini..
Ni tengah blogging ni, ibu dah panggil soh buat keje. Ya Allah.. Ibu!! Kenapa tak cakap awal-awal? Jia tengah blogging ni. Kalau blogging non-stop! Hahahahaha Kejab eh?

beberapa minit kemudian..


Okey! Setelah siap tolong itu and ini,, ish3 .. Sambung lah balik ek? Tadi korang sahur apa ek? Share la sikit dengan saya,, ;) Saya sahur Rendang Kerang, Nugget, Sayur kacang panggang, Daging dan Keropok Lekor! Hehehe. Alhamdulillah semuanya ala kadar saja. Esok pagi-pagi saya dah nak gerak pergi sekolah.. :) Paling best apabila semua yang berada dimeja makan waktu sahur, dengan mukanya yang ngantuk tu, hahahaha mata yang kuyu. Mesti bawa selimut or bantal busuk sama-sama kat meja makan ek? Saya ada bantal busuk tau, :p Kau ada?  Hahahah peneman untuk tidur tau..

comel tak saya? hehehehe

Azam saya dalam bulan ramadhan ni, saya nak banyakkan amalan. Setiap amalan yang kita lakukan berganda-ganda pahala! Kita kena kejar peluang yang ada! Jangan isi dengan perkara yang sia-sia. Ingat pesan kita ni? :) Jaga diri bebaik ya? Jaga lidah, jaga mata, jaga hati. Okay? Assalammualaikum :D

No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..