Nukilan Dariku Khas Buatmu..



Ya Allah aku bersyukur ke atas apa yang aku ada. Aku bersyukur setiap apa yang KAU beri pada aku. Aku bersyukur kerana aku masih diberi ujian, dugaan dari MU, ya Allah. Kerana aku tahu, dengan semua dugaan yang KAU beri dapat memberikan aku kekuatan, kesabaran dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang. Namun aku akui aku tetap insan yang lemah. Aku tidak akan meminta apa-apa dari MU. Aku akan cari apa yang aku nak dalam diri aku sendiri.. Aku yakin itu ya Allah. Terima kasih ya Allah. Kalau tidak ‘itu’, mungkin aku tidak nampak, mungkin aku buta, mungkin aku sering menyalahkan diriku, mungkin aku menjadi insan yang terlalu meminta-minta dari MU, ya Allah. Kerana aku sedar aku siapa.

Disetiap pertemuan adanya perpisahan. Jodoh, ajal dan disetiap jalan kehidupan kita, semuanya telah dirancang sejak kita azali lagi. Macam apa yang aku katakan.  Perjalanan hidup kita yang telah ditentukan oleh Allah, sememangnya sarat dengan RAHSIA. Maka oleh itu kita sebagai manusia perlu BERSEDIA dalam menghadapi apa jua rintangan yang mendatang. Yang penting, hati kita. Perlulah cekal, tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dariMU. Aku lega ya Allah. Aku lega selepas dapat tahu segala-galanya. Semua itu mengajar aku untuk menjadi lebih cekal, lebih kuat. Ya Allah, aku tak sabar nak menunggu ujian, dugaan dariMU untuk ku kerana hanya itulah yang akan membuatkan diri kita berubah menjadi insan yang lebih baik..



Semua inginkan kebahagian. Orang gila saja tak mahukan kebahagian.  Kebahagian memang akan datang. Tapi percayalah itu semua hanyalah sementara dan akan KEKALnya kebahagian apabila kita sentiasa mengingati Yang Maha Esa. Tak salah untuk kita suka pada seseorang. Tak salah untuk kita cinta pada seseorang kerana perasaan adalah fitrah bagi setiap manusia. Kita tak boleh nak halang perasaan tu dari terus hadir. Kan? Dan tak salah pun kalau kita nak terus pendam perasaan untuk orang yang kita sayang. Namun sanggupkah kita hadapi sakit seorang diri? Cemburu seorang diri? Merintih seorang diri? Menangis seorang diri? Sebab tulah orang kata ‘Perasaan ni mesti diluahkan..’ Tapi kalau rasa diri kamu kuat dalam menghadapi semua itu, teruskanlah. Mungkin itu yang terbaik? Mungkin kita takut kalau kita dikecewakan selepas kita meluahkan? Betul tak?

Apa-apa pun semua ni telah pun dirancang, ditentukan. Oleh siapa? Oleh Yang Maha Berkuasa. Maka tak perlulah kita terburu-buru dalam mencari pasangan hidup. Tak perlulah sibuk-sibuk bunuh diri semata-mata kerana cinta kan? Memang bodoh lah jawabnya. Dalam al-Quran pun ada cakap yang jodoh kita SEMEMANGnya ada. Cuma cepat atau lambat saja. Maka kalau nak jodoh cepat, ada TIGA cara. USAHA, DOA dan BERSERAH ! Itu saja yang termampu. Dan kemudian yang penting sekali JANGAN PUTUS ASA. Kalau dia dah ditakdirkan bukan untuk kamu, redha sajalah. Mungkin Allah nak tunjukkan ada yang lebih baik dari dia atau sebaliknya.



Di setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, kita tak tahu satu! Kita bodoh tentang satu perkara! Apa yang satu tuh? Iaitu disetiap apa yang kita lakukan, PENUH dengan HIKMAH. Tapi sayang, diri sendiri saja yang tak nampak. Cuba lah belajar menjadi seorang yang tidak mudah melatah. Belajar menjadi seorang yang tidak mudah mengeluh apabila ditimpa musibah atau sebarang masalah. Belajarlah untuk menjadi seorang manusia yang kuat dalam menghadapi masalah. Kemudian carilah HIKMAH yang terselit pada setiap masalah yang datang. Pasti akan jumpa. Now, aku pun sedang belajar.



Lepas apa yang aku rasa, aku mula sedar. Selama ni aku tak sedar. Kalau lah aku tak tahu tentang semua tuh, mesti aku lemah kan. Mesti aku tak kuat kan. Mesti aku mengeluhkan.. Yang penting sekali cuba untuk terima kenyataan disetiap apa yang berlaku. Mungkin itu yang terbaik dari Allah untuk hambaNYA. Itu semua mengajar aku untuk lebih berfikir secara matang. Ya, dalam kepala aku hanyalah CITA-CITA bukan CINTA.. Cinta ? Cinta tu bila-bila pun boleh cari. Tapi kalau ‘dia’ dah datang, aku tak mampu lah nak menolak kehadiran ‘dia’ tu.  So, hargailah apa yang kita ada. Hargai apa yang berada didepan mata kita. Jangan one day dia dah pergi, baru nak meraung sana, meraung sini kan..

Hurm rajinnya aku buat nukilan ni. Hah ilham datang dengan berjela-jela! Memang tak dapat dinafikan bahawa aku dapat segala mesej yang disampaikan dalam drama tu. Banyak yang aku tak tahu dan apa yang aku tak tahu tu telah pun diisi dengan tahu. Hahahaha bukan tahu yang tahu makanan tu! Mwawawa.. Kadang-kadang rasa cemburu bila melihat kebahagian orang kan? Aik? Buat apa nak cemburu dengan apa yang orang lain ada? Kita pun ada what? Ada family, ada kawan-kawan. Tak ada kekasih ? It’s okay! 

Ah,, dah tak penting dah semua tu! Yang penting sekarang ni, aku tak nak terikat dalam mana-mana sebarang hubungan sekali pun..  Haishhhh! Tak mahulah aku. Buat masa ni, aku nak buat bersungguh-sungguh. Aku nak capai cita-cita aku untuk sambung belajar di luar Negara. Iaitu di Australia! Yeah! Tempat yang aku idam2kan selama ni. Wauu, dan secara tidak langsung aku dapat buktikan yang aku akan berjaya pada suatu hari nanti. Insya Allah, aku akan dapatkan band 4 dalam MUET nanti. Dan nak pastikan sejarah dan PA aku cemerlang dalam exam nanti! Nak tahu kenapa? Sebab aku teringin nak jadi seorang Lawyer yang Berjaya pada suatu hari nanti. Aku nak buktikan kepada semua orang. Aku mahukan rumah macam rumah dalam drama tu, aku mahukan apa yang aku belum ada lagi sekarang.  Aku mahukan kejayaan. Aku mahu berikan kejayaan kepada mereka yang kenali aku. 



Ya Allah, drama itu sangat memberikan kesan yang positif dalam diri aku! Dan kejutan atau heart attack kepada sesiapa yang always pandang rendah ke atas kemampuan aku. Ya aku mampu menangini kakak-kakak dan adik-adik aku.. J semua itu akan tercapai sekiranya adanya USAHA, DOA, TAWAKKAL DAN SIFAT TIDAK MUDAH PUTUS ASA..
Yeah! J

Coretan ikhlas dari,


Shawl Untuk Raya.. :)

Online kejab. Sambil-sambil tu saya cuci mata kat Satu Web Muslimah ni.. Dari Home Shawl Styleistar Collection. Bila saya buka, trus klik kat bahagian kategori belah kanan tu, saya tekan SHAWL.. Hahahaha normal tu kan. Saya perempuan. Peace yow! Post ini khas kepada peminat Shawl. Kat situ semua cantik-cantik tau. Mesti korang berkenan! Kalau dah berkenan korang bolehlah shopping online.. Bagi yang bekerja sajalah! Hahahahaha yang study tu, boleh tengok jep :p macam saya.. :( Tak pun godek kat ibu or ayah k? Pandai2lah korang pujuk! Hahahaha


Apa yang istimewanya shawl ni ialah kain yang sangat berkualiti! Shiffon dan yang paling penting dia punya 'oning' kat kepala yang bahagian depan tu senang nak bentuk.. Apa-apa pun bentuk tudung ikut muka. Jangan salahkan tudung pula kalau orang pakai okey, kamu pakai tak okey. Hahaha. Kalau nak jaga kualiti dan shawl yang lebih selamat, hanya rendam dan letak pewangi saja. Jangan masuk mesin?






Korang jangan KLIK SHAWL jek.. Saya sarankan korang semua klik yang kat bahagian kategori belah kanan tu KLIK BAJU MUSLIMAH .. Wahh lawanya! :D

Hah tunggu apa lagi? Dah berkenan? Ada colour yang sesuai untuk baju raya korang? :D Selamat Berpuasa ya?

Make Up Terbaru Untuk Blog! Tadaaaa !

Fuhh sejuk gila malam ni.. Asyik 'terkucil2' je aku. Tadi Online kat Twitter kejab. Unfollow balik kepada yang unfollow saya tuh. Bila saya tengok followers saya, TAK BERGANJAK! Asyik number tu saja! Bengkak hati kita jemah oii .. Macam tak ada siapa yang sudi nak follow kita saja .. Sedangkan saya follow back?? Hehehehe lantaklahh !

Kita nak cakap kat readers kita ni.. You lah . Yang tengah baca, dok skodeng, dok stalker kita tuh? Hehehe nak cakap sikit yang puasa dah dekat seminggu dah kan? :D wah saya setakat ni penuh tau! Hah tak lama lagi tak penuh lah puasa saya! :p Yang baca ni pun mesti tak puasa penuh ni.. Betoii tak? Hahahahaha gurau!



Tadi blogwalking kat blog Arrien Amani's Blog tau! Blog tu cantik sangat dan ada tuto yang korang belum jumpa lagi! Hehehehehe Saya stalker habis2! Best giler pergi sana.. Bagi saya lah.. Hahahaha


Disebabkan itulah rupa blog saya berubah! Korang semua trylah pergi sana! Jangan lupa cuba tuto dia tu ek? Jangan lupa follow dia.. Saya Followers Yang Ke-1026. Jomlah jadi followers dia. Penat jugalah make up blog saya kasik cantekk! But sorry kalau tak cantekk.. Kah3 Ini saja yang saya mampu.. :)

Now inilah rupa blog saya yang sekarang ni.. :) Nak comment dari kamu yang tengah baca ni boleh tak? Macam mana hasil make up saya ya? Cun tak? Hahahaha Nak jenis yang macam ni tak? Pergilah ke blog yang saya cadangkan tadi tu.. :) Comment ya?



Tiga WEBSITES.. Tapi SATU yang Terbaik.. Bagi Saya..

Budak Baru Couple Seminggu

Apa KAU,,, hah abaikan saja title tu. Memang tak ada kene mengene. Kecohlah juga pasal video tu. Lepas satu, satu masalah yang timbul.. Alaah biarkan jelah.. Asalkan budak tu BAHAGIA dengan BOYFRIEND dia tuh.. Amboi adik, siap berjanji-janji gituw! BTW, comel juga budak perempuan tu ek? Ramai orang kutuk2 kat youtube, cakap macam-macam! Haishh, buat tu salah, buat ni salah.. Amende ler korang nih.. Kah3.. Okay saya tak campur!

Stop! Stop! Stop talking about that! Aik? Ni siapa yang mulakan dulu ni? Hahahahha yela2 aku salah.. Anyway kanak2, hari ni dah berapa RAMADHAN ?? Cer la kira! Nak soh saya juga yang kasi suap.. Satu, Dua, Tiga, Empat, Hah LIMA RAMADHAN lah!! Grrr exitednya saya! :D kAH3 .. Now jam 1:30 minit pagi. Ini sajalah masa terluang saya untuk update blog, beb! Kuang3.. Esok kalau ada pun, saya on sekejab and tengok apa-apa yang patut jek..

Btw, pencarian untuk SIMPLE TEMPLATE masih diteruskan.. Banyak giler simple template yang cantik-cantik and lawa-lawa weh! Mesti korang tak caye kan? Hah hampir 80% simple template itu didesign kan! NOt FREE MOREE.. Ada faham ? Barulah aku faham! Keh3.. Insya Allah, saya akan tukar dan tempah simple template tuh.. Nak contoh website tu tak? Nah aku kasi kat kowang! Hamek ko!! Kah5

KLIK BANNER INI..



Sebenarnya ada banyak lagi.. Tapi websites yang paling top sekali BlogHolicsDesign! Mana-mana aku buka, mesti ada websites tu! Amboi dah maju lah nampak nya kan??

Dan aku nak tunjukkan kat korang semua yang hasil kerja satu websites ni yang sangat menarik perhatian aku. Hah aku nak tempah kat websites inilah!! Bukan yang Dua websites kat atas ni tak bagus.. Tapi hati aku dah berkenan kat websites yang ini.. Hahahahaha nak buat macam mana kan? Alaaa kalau korang tengok pun mesti korang tertarik jugak! Now aku kasi tunjuk kat korang HASIL KERJA nya ya?

a million dresses

Duckling to Swan


laceyLoves


cocktails & daydreams!
ini yang saya berkenan and paling comel sekali..
hah korang pula macam mana??
Hah nampak tak keSIMPLEan nya? Hehehe memandai saja aku tokok tambah.. Kalau nak tahu, aku adalah perosak bahasa.. Hahahahhaha tak adalah gurau saja.. :)

Ini semua hasil tangan dari elevatormusik: Blog Designs.. Korang kena klik dan cuci mata kat web situ.. Banyak lagi sebenarnya.. Tapi itulah templates yang menarik pilihan aku.. Keh3

Eh dah Jam dua lah.. Apsal korang tak ingat kan aku?? Hadoiii k laa.. Malas nak cakap banyak.. Kang korang pulokk yang bosan dengar aku punya bebelan.. Hahahhaha free! Tanpa bayaran woo !


Kebaikan Bulan Ramadhan! Jom Baca? Dapat Pahala?

Now, nuna nak share dengan korang semua tentang kebaikan atau manfaatnya bulan ramadhan. :) Share la ramai-ramai. Ini credit dari Skpermatangparit
Ingat, share tu kira bersedekah tau ! :) Bulan ramadhan ni.. :)

30 keistimewaan di Bulan Ramadhan :

1. Ramadhan jalan menuju ketaqwaan

Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”. (Al Baqarah: 183).

Ayat di atas menerangkan bahawa puasa adalah sebab yang boleh mengantarkan pelakunya menuju ketaqwaan, kerana puasa mampu meredam syahwat. Ini sesuai dengan salah satu penafsiran yang disebutkan Imam Al Qurthubi, yang berpadukan kepada hadits riwayat Imam Ahmad yang menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.

2. Ramadhan bulan mujahadah

Para ulama’ salaf adalah suri tauladan bagi umat, mujahadah mereka dalam mengisi bulan Ramadhan amat perlu dicontoh. Seperti Imam Asyafi’i, dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran dua kali dalam semalam, dan iti dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran enam puluh kali dalam sebulan. Imam Abu Hanifah juga menghatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari selama Ramadhan.


 3. Puasa Ramadhan menumbuhkan sifat amanah

Wahbah Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh Al Islami berpendapat bahawa puasa mengajarkan rasa amanat dan muraqabah di hadapan Allah Ta’ala, baik dengan amalan yang nampak mahupun yang tersembunyi. Maka tidak ada yang mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal yang dilarang dalam berpuasa kecuali Allah Ta’ala

4. Puasa Ramadhan melatih diri berdisiplin 

Puasa juga melatih diri berdisiplin , Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa seorang yang berpuasa harus makan dan minum dalam waktu yang terbatas. Bahkan dalam berbuka puasa pun harus disegerakan.

5. Puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidaritas sesama muslim 
Wahbah Zuhali juga menjelaskan bahawa puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidariti di antara sesama muslim. Pada bulan ini semua umat Islam, dari timur hingga barat diwajibkan untuk menjalankan puasa. Mereka berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, kerana mereka memiliki tuhan yang satu.

Seorang yang merasa lapar dan dahaga akhirnya juga boleh turut merasakan kesengsaraan saudara-saudaranya yang kekurangan atau tertimpa bencana. Sehingga tumbuh perasaan kasih sayang terhadap umat Islam yang lain.

6. Puasa Ramadhan melatih kesabaran

Bulan Ramadhan adalah bulan puasa di mana pada siang hari kita diperintahkan meninggalkan makanan yang asalnya halal, terlebih lagi yang haram. Begitu pula di saat ada seseorang mengganggu kita. Rasulullah Saw. bersabda: “Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata 'Sesungguhnya aku sedang puasa." (HR. Bukhari)


 7. Puasa Ramadhan menyihatkan
Rasulullah bersabda: ”Berpuasalah, maka kamu akan sihat” (HR. Ibnu Sunni), ada yang menyatakan bahawa hadits ini dhoif, akan tetapi ada pula yang menyatakan bahawa darjat hadits ini sampai dengan tingkat hasan (lihat, Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).

Tapi makna hadist masih boleh diterima, kerana puasa memang menyihatkan. Al Harits bin Kaldah, tabib Arab yang pernah mengabdi kepada Rasulullah Saw. juga pernah menyatakan:”Perut adalah tempat tinggal penyakit dan sedikit makanan adalah ubatnya”.

8. Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah untuk umat ini
Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang ahlul ilmi tsiqah yang telah mengatakan: “Sesungguhnya telah diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada Rasulullah Saw., atau apa yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan sepertinya usia umat beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-umat sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.” (HR. Malik).

 9. Ramadhan bulan ampunan 
Bulan Ramadhan adalah bulan ampunan, Rasulullah Saw. bersabda: “Dan siapa yang berpuasa Ramadhan dengan dasar keimanan dan pengharapan redha Allah, diampunkan untuknya dosa yang telah lalu.”(HR. Bukhari)

10. Siapa yang dilihat Allah, maka ia terbebas dari azab-Nya 

Dari Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah Saw. bersabda: ”Pada bulan Ramadhan umatku dianugerahi lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika Allah melihat mereka di awal malam dari bulan Ramadhan, dan barang siapa yang telah dilihat Allah maka Ia tidak akan mengazabnya selamanya…” (HR. Baihaqi).

Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.





11. Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari kasturi di hadapan Allah 
Rasulullah Saw. bersabda:”…Yang kedua, sesungguhnya bau mulut mereka ketika siang hari lebih harum di hadapan Allah daripada bau kasturi…” (HR. Baihaqi).

12. Di Bulan Ramadhan para malaikat meminta ampunan untuk umat ini

Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta ampunan untuk mereka siang dan malam…” (HR. Baihaqi).

13. Di bulan Ramadhan syurga berbenah diri 

Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” (HR. Baihaqi).

14. Di malam akhir Ramadhan Allah mengampuni umat ini 
Rasulullah Saw. bersabda: ”…Adapun yang kelima, sesungguhnya jika tiba malam terakhir Ramadhan Allah memberi ampun kepada mereka semua. Lalu bertanyalah seorang lelaki dari sebuah kaum: ”Apakah itu lailatul qadar? Ia bersabda:” Bukan, apakah kau tidak mengetahui 

perihal orang-orang yang bekerja, jika mereka selesai melakukan pekerjaan maka ganjarannya akan dipenuhi. (HR. Baihaqi)

15. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu

Rasulullah Saw. Bersabda: “Jika Ramadhan tiba dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR. Bukhari).

Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh menjelaskan bahawa makna hadits di atas boleh bermakna haqiqi, iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu secara haqiqi, sebagai tanda datangnya Ramadhan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi boleh juga bermakna majaz yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan itu, sehingga syaitan seperti terbelenggu.

15. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu

Rasulullah Saw. Bersabda: “Jika Ramadhan tiba dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR. Bukhari).

Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh menjelaskan bahawa makna hadits di atas boleh bermakna haqiqi, iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu secara haqiqi, sebagai tanda datangnya Ramadhan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi boleh juga bermakna majaz yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan itu, sehingga syaitan seperti terbelenggu.

16. Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajiban dan menghidupkan Ramadhan 
Datanglah seorang lelaki kepada Nabi Saw. Dan mengatakan: ”Wahai Rasulullah, tahukah anda jika saya telah bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan sesungguhnya anda adalah utusan Allah, aku juga telah melakukan solat lima waktu, juga telah menunaikan zakat, serta aku telah berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya, maka termasuk golongan siapakah saya? Rasulullah Saw. Bersabda: “Termasuk dari orang-orang yang sidiq dan syuhada’”. (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

17. Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda

Dari Salman ra., bahawasannya Rasulullah Saw. berkhutbah di hari terakhir bulan Sya’ban: ”Wahai manusia, telah datang kepada kamu bulan agung yang penuh berkat. Bulan yang terdapat di dalamnya sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah jadikan puasa di dalamnya sebagai kewajiban, dan qiamul lail sebagai perkara yang disunnahkan, barang siapa mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat kebajikan, maka ia seperti mengerjakan kewajiban selainnya, dan barang siapa mengerjakan kewajiban di dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh puluh kewajiban selainnya…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)
 
18. Setiap hari dalam Ramadhan memiliki keutamaan 
Rasulullah Saw. bersabda: “…Dia adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, serta paripurnanya adalah pembebasan dari neraka…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)

19. Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa

Allah akan memberi minum kelak di akhirat Rasulullah Saw. bersabda: “Dan barang siapa memberi minuman orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya dari telaga minuman yang tidak menghauskan hingga ia masuk ke dalam syurga”. (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya).

20. Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan
 
Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik sedekah aitu sedekah di bulan Ramadhan.” (HR.Tirmidzi) 

21. Doa mustajab di bulan Ramadhan 
Diriwatkan dari Abu Umamah Ra, bahawa Rasulullah Saw. bersabda:”...Dan untuk setiap muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadhan) doa yang mustajab (HR. Bazar).

Rasulullah juga bersabda:”Tiga yang tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil, dan doa orang yang dizalimi”. (HR. Tirmidzi)

22. Pahala umrah Ramadhan sama dengan haji 
Rasulullah Saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar:”Jika datang Ramadhan maka lakukanlah umrah, kerana susungguhnya umrah dalam bulan itu setaraf dengan haji.” (HR. An Nasa’i).

23. Pahala i’tikaf di bulan Ramadhan sama dengan pahala 2 haji dan umrah 
Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Husain Ra. menyatakan, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:”Barang siapa menjalankan i’tikaf selama sepuluh hari di bulan Ramadhan maka amalan itu seperti dua haji dan umrah (HR. Baihaqi)

24. Dalam Ramadhan terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar) 
Allah berfirman:”Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”. (Al Qadr: 3).
Tentang ayat ini, Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa menghidupkan Ramadhan dan melakukan amalan di dalamnya lebih baik daripada menjalankan amalan dalam seribu bulan tanpa Ramadhan.

25. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan

Allah Ta’ala berfirman: “Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (Al Baqarah: 185)

Ibnu Katsir mengatakan bahawa Allah Ta’ala menyanjung bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilihnya sebagai bulan dimana Al-Quran diturunkan di dalamnya.

26. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan
Rasulullah Saw. bersabda:”Shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat turun pada hari ke enam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ke tiga belas dari Ramadhan…” (HR. Ahmad).

27. Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan
Ketika Rasululah Saw. mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah, yang berjarak dua mil dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surat Al Alaq yang merupakan surat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah Saw.


28. Perang Badar terjadi pada bulan Ramadhan 
Perang Badar adalah pemisah antara yang haq dan yang batil, dan kaum muslimin sebagai simbol tauhid dan kemuliaan, meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol kekifiran dan kebodohan.

Peperangan terjadi pada hari Jum’at, 27 Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Ta’ala berfirman: “Dan benar-benar Allah telah menolong kamu di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian kepada Allah, semoga kalian bersyukur”. (Ali Imran: 123).

Ibnu Abbas mengatakan:”Saat itu hari Jum’at, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh Fir’aun umat, Abu Jahal, musuh terbesar umat Islam.

29. Mekah dikuasai pada bulan Ramadhan 

Fathu Mekah adalah peristiwa besar, Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. (Al Fath:1).

Sebagian mufasirin berpendapat bahawa yang dimaksud kemenangan di sini adalah peristiwa Fathu Mekah, walau ada sebagian ulama’ yang menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiya dan penaklukan negeri Rum.

Peristiwa itu terjadi pada hari, tanggal 20 atau 21 Ramadhan, tahun ke lapan hijrah. Saat itulah semua berhala yang berada di sekitar Ka’bah dihancurkan.


30. Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadhan 
Tahun ke sepuluh hijriyah pada bulan Ramadhan Rasulullah Saw. menunjuk Ali bin Abi Thalib guna menjadi pemimpin sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang berisi ajakan untuk memeluk Islam.


Hari Pertama Berpuasa .. :)



Assalammualaikum. Hari ini hari Rabu pada taerikh 10 Julai 2013 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1433.? Korang yang baca ni apa khabar? Saya alhamdulillah sihat wala'fiat. Harap yang baca ni pun sama okey? Alhamdulillah juga sebab team bola tampar kami telah mendapat Naib Juara dalam Perlawanan Kejohanan Tingkatan Enam. Saya happy sangat-sangat. Kawan-kawan pun happy! Yela, siapa tak happy kalau team kita menang kan? Ingatkan senang ke nak lawan diorang yang kuat-kuat tu? Hahahahaha Apa-apa pun tahniah kepada Team Bola Tampar 2013 ! Cayok2 .. :D

#Ingatkan nak masukkan gambar, but tak ada yang sesuai lahh.. :(

First sekali saya nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam. :) Puasa jangan tak puasa ya? Hehehe Saya dapat cuti sehari saja! Kenapa sehari je? :p Ish memang tak adil. Geram pula saya. Dah tu saya terpaksa buat muka bodoh keluar sekolah tanpa rasa bersalah. Kenapa? Yela sayakan asrama. Nak keluar pun leceh gila! Kena minta tanda tangan tu okeylah jugak! Tapi nak cari tukang tanda tangan nya sampai saya HANGIN satu badan! Siapalah yang tak menyirap kalau kita nak balik, nak minta tanda tangan tapi cikgu tu macam biskut kan? Hadoiii! Tension betul hari ini..
Ni tengah blogging ni, ibu dah panggil soh buat keje. Ya Allah.. Ibu!! Kenapa tak cakap awal-awal? Jia tengah blogging ni. Kalau blogging non-stop! Hahahahaha Kejab eh?

beberapa minit kemudian..


Okey! Setelah siap tolong itu and ini,, ish3 .. Sambung lah balik ek? Tadi korang sahur apa ek? Share la sikit dengan saya,, ;) Saya sahur Rendang Kerang, Nugget, Sayur kacang panggang, Daging dan Keropok Lekor! Hehehe. Alhamdulillah semuanya ala kadar saja. Esok pagi-pagi saya dah nak gerak pergi sekolah.. :) Paling best apabila semua yang berada dimeja makan waktu sahur, dengan mukanya yang ngantuk tu, hahahaha mata yang kuyu. Mesti bawa selimut or bantal busuk sama-sama kat meja makan ek? Saya ada bantal busuk tau, :p Kau ada?  Hahahah peneman untuk tidur tau..

comel tak saya? hehehehe

Azam saya dalam bulan ramadhan ni, saya nak banyakkan amalan. Setiap amalan yang kita lakukan berganda-ganda pahala! Kita kena kejar peluang yang ada! Jangan isi dengan perkara yang sia-sia. Ingat pesan kita ni? :) Jaga diri bebaik ya? Jaga lidah, jaga mata, jaga hati. Okay? Assalammualaikum :D

Kesibukkan Bermula Sebagai Student Form 6!! Kisah ku :)

Okay, kali ini saya nak cakap banyak tau. Memandangkan Jumaat, Sabtu dan Ahad saya tiada masa nak update blog.. :( Baru sekarang dapat update tau. Ini pun baju tak iron lagi! Baiklah dengan lafaz Bismillahhirrohmannirrohim, saya mulakan blogging saya..

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat luangkan masa dengan berblogging.. Yes! Hari jumaat, saya memang tak sempat. Balik asrama, tidur dari petang sampailah tersedar jam dua pagi! Memang tak solat! Letih ya amat sebab hari jumaat ada sukan sekolah then saya pula masuk perbarisan. Esok hari sabtu, ada Kejohanan Tingkatan Enam pula! Esok tu jam 6 pagi saya bangun! Game pada tahun ni ada permainan Bola Tampar Lelaki dan Perempuan, Futsal Lelaki dan Bola Jaring Perempuan. Saya tak masuk apa-apa. But saya bertugas sebagai AJK sebab sekolah saya jadi tuan rumah. Peghh memang kebas punggung saya duduk atas kerusi tu lama-lama. Saya pegang jawatan sebagai Score Sheet. Tahu tak amendenya 'natang' tu? Saya kena perhatikan, focus kepada pemain GA atau GS yang golkan dalam permainan bola jaring. Ah, confirm kamu semua tak faham apa yang aku merepek ni kan??

kalau korang large pic yang ini, korang tak akan faham.
lainlah kalau sesiapa yg dah ada pengalaman..


Hahahaha abaikan. Yang itu semua baru pembuka! Ini nak masuk isi pulakk... Saya serahkan camera saya pada kawan saya pemain bola tampar. Team Bola Tampar sekolah kami habis awal dan alhamdulillah team bola tampar kami dapat pergi isnin ini untuk lawan lagi. Tangkap gambar punya tangkap gambar nak save kat pendrive pun dah tak muat dah! Ingatkan nak masuk dalam blog? Kalau masuk dalam blog, alamatnya korang yang baca tu asyik kena scroll je la jawabnya.. Hahahahaha :P
Nasib tidak menyebelahi Team Bola Jaring. So, tak dapatlah pergi hari isnin untuk berlawanan and lihat siapa yang juara. It's okay. Ada hikmah and bukan rezeki kita.. Tapi sedihla juga sebab ada beberapa masalah yang berlaku dalam team bola jaring tu. Memang tak dapat nak dielakkan. Apa-apa pun, saya tetap nak tunjukkan wajah2 ceria kami semua. Dan tolong doakan untuk Team Bola Tampar yang berjaya ke pusingan seterusnya ya? Mudah-mudahan dapat jadi Juara.. Amin..

wajah-wajah happy sebelum pergi. Naik bas sama-sama.
Love you all. Baju purple baju Pra-U..
Best sebab semua pakai.. :)

photographer yang tak bertauliah saya tu hah dua dari kanan.
hahahahaha Kembar aku la. :)
gambar yang ini waktu tunggu turn untuk lawan.
peace!

time ni hati semua okey jerk. Main pun happy2 jek.
tapi itu semua semetara.
Alaah, kalau dah kalah, memang lah adat dalam bertandingkan. Tapi kalau ada faktor lain yang membuatkan team kamu kalah macam mana? Mesti sedihkan? Haishh nak buat macam mana. Masa tu bukannya boleh dipatah semula. Kan kan kan.. Saya pun hanya mampu tersenyum! smiley :)

Yang warna hijau tu team Bola Jaring.
Sebelum memulakan perlawanan memang kena salam.
Hehehe tanda penghormatan..


petugas, pengadil dan guru-guru yang bertugas..
jam Lima petang lebih, kemas dewan bagi petugas.
semua senyum walaupun penat. :)

Banyak lagi sebenarnya, Tapi saya takut orang yang baca ni penat dan bosan pula nak bacanya! Hahahaha apa-apa pun terima kasih kerana meluangkan masa dengan post saya ni, sebab seminggu dalam sekali atau dua kali saya akan update blog sebab saya dah tak free macam selalu dah.. :( Kikikiki Saya akhiri post saya dengan Assalammualaikum.. Peace!

akhiri dengan senyuman.
pic ambil kat fb. hehehehe tata
#Lepas habis sukan, saya pegang jawatan sebagai seorang Pengarah  yang dilantik oleh Cikgu saya sendiri dalam pembikinan drama. Nantikan post saya yang seterusnya!