Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Ketika Belajar..

Hari ini saya nak buat tips untuk semua pelajar! Terutamanya saya yang selalu buat nota kecik sejarah.. Serius memang mengantuk.. :D Hahahaha Tiba-tiba terfikir nak kongsi macam mana nak hilangkan rasa ngantuk nih..

Ramai pelajar yang memang betul-betul nak belajar tapi disebabkan mengantuk, study kita pun tergendala kan? Ye Dak?? Kadang-kadang baca je memanjang tapi tak tahu apa yang dibacanya. Masuk telinga kanan, save kat otak lepas tu keluar balik dari telinga kiri.. Haish! Susah tu !

Jom try ! Saya pun nak try nanti.. :) Budak belajar la katakan ? :)

Mungkin Kita Tak Cukup Tidur..
Inilah yang saya baca dilaman sesawang.. Tidur tu pun salah satu faktor juga dan penting untuk kita sebagai pelajar ni tau! Masa tidur untuk pelajar macam kita ni 6-8 jam! Tak boleh kurang, tak boleh lebih.. Tidur yang berlebihan akan menyebabkan kita ngantuk juga tau? Tak Percaya? Kena percaya juga! :D

Tiada Minat Belajar..
Saya memang tak minat Sejarah.. Sepanjang saya Tingkatan 1 dan 2 , sejarah saya memang GAGAL.. Tapi PMR saya lulus! Time form 4 dan 5, sejarah saya D . Teruk kan? Tapi SPM, saya dapat B+ .. Jangan tanya kenapa. Hahahaha Toyol kowt?
Orang yang tiada minat belajar ni akan membuatkan diri dia bertambah rasa ngantuk!

Minum AIR KOPI untuk berjaga malam..
Kalau kamu semua yang suka belajar tengah-tengah malam, minumlah kopi.. Kopi tu banyak khasiatnya.. Sehingga sekarang pakar scientis belum temui kekurangan kopi. :)

Makanan Yang Berlebihan..
Patikan sebelum kamu belajar, perut kamu dalam keadaan yang selesa.. Bukan selepas makan, kamu terus berada depan buku! Tunggu dalam 4 jam untuk proses pencernaan. Kalau study waktu makanan sedang sibuk bekerja, ia akan mengganggu dan membuatkan kamu lebih rasa ngantuk..


Sebenarnya, banyak lagi faktor-faktor mengantuk ni tau.. Terutama sekali persekitaran.. :) Selamat Membaca.. Salam!

No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..