Siapa Kenal YM Raja Shamri ??

Assalammualaikum kawan-kawan. Semalam balik asrama, hari ini baru start blogging. Harap kamu semua sihat. Saya Alhamdulillah.. :)

Almaklumlah, saya student lagi, so busy saja memanjang! Busy la sangat. :p Hari Rabu Cikgu kaunseling yang seinonim dengan panggilan 'Ibu' ingatkan kami semua yang kehadiran adalah WAJIB bagi Tingakatan Lima dan Tingkatan Enam sebab tahun ni, kami semua akan menduduki peperiksaan. Mula motivasi pada jam 8.00 PAGI hingga 5.00 PETANG! what? 5.00 Petang? Kawan-kawan saya semua bebel-bebel. Kenapa sampai jam lima petang? Saya pun tak tahu! Apa yang special sangat motivate tu sampai jam lima petang? Hah lagilah saya tak tahu!

Hari Jummat. Terus masuk dorm! Saya pun tanyalah kakak senior saya, Kak Sherry.

"Akak, kenapa motivate tu sampai jam lima petang?? Siapa penceramah tersebut?? "

"Sekolah kita  bayar dia mahal, dia pernah masuk tv3 waktu pagi, bagi ceramah. Kaki dia tak ada sebelah. Dia pakai kaki palsu.. Pernah tengok penceramah tu kat tv3..?" jawab Kak Sherry panjang lebar..

Saya punyalah terkejut! Guna kaki palsu?  Pernah masuk tv3? Hurm aku tak kenal sebab pagi-pagi aku memang tak buka tv. Harap tv je cantik! Siaran tak cantik pun! Ceh, protes sikit!
Okay saya sambung cerita.. Jujur memang tak percaya pun! Okay saya deal! Esok datang!

Kamu semua belum kenal YM Raja Shamri kan? Baiklah biar saya kenalkan siapa manusia yang guna kaki palsu tu.. :') Kaki kiri seperti biasa.. Tapi kaki kanan saja yang perlu menggunakan kaki palsu untuk berjalan seperti kita ini..

YM Raja Shamri, anak kelahiran Negeri Kelantan umur dalam lingkungan 30-an, seorang yang berjaya dalam hidup yang telah menempuh pelbagai dugaan dan onak duri dalam kehidupan beliau. Lahir dari keluarga yang susah namun Allah memberikan beliau satu anugerah yang tidak terhingga iaitu KEPANDAIAN yang dia ada! Saya sangat mengagumi dan beliau telah pun melanjutkan pelajarannya di US. Dengan pengalaman yang ada, beliau telah berkongsi cerita sejak beliau kecil hinggalah dewasa. Menceritakan bagaimana beliau hidup dengan menggunakan kaki palsunya..



Untuk pengetahuan semua, bukan itu sahaja. Malah, beliau juga mengalami masalah TANGAN KANAN.  Maka, beliau terpaksa menggunakan TANGAN KIRI beliau untuk makan.  Tangan Kanan yang cacat telah pun diperbetulkan sedikit supaya beliau dapat sembahyang dengan sempurna! Namun, tidaklah sesempurna seperti insan biasa seperti kita yang cukup segala-galanya!!

Motivasi selama berjam-jam itu sangat manfaat! Lah patutlah mahal! Motivasi dari dia sememangnya bagus! Thumbs up! Betul, demi Allah saya tak tipu.. Sampai ada beberapa penceramah yang dengki dengan beliau tau! Tak percaya? YM Raja Shamri yang cerita! Tak akan dia nak tipu?



Kami dalam dewan lebih mesra dengan memanggilnya Abang Raja. Beliau juga ceritakan sampai ada orang santau beliau kerana perasaan dengki!

gambar terbaru beliau yang pergi ke Mekah baru-baru ini..

percaya atau tidak, dia telah membeli sebuah syarikat yang telah jatuh bankrup.
dia mula mendirikan semula syarikat tersebut..

Beliau pernah menceritakan yang sewaktu sekolah rendah, beliau pernah menangis di dalam tandas kerana kelaparan. Makanan yang dibeli sebelum itu telah pun jatuh. Beliau terpaksa minum air paip hanya untuk mengisi perut yang lapar! Ketahuilah bahawa, sepanjang sesi motivasi, setiap penceramah akan minum air masak kan? Tapi YM Raja Shamri tidak minum pun!Kerana beliau mampu bertahan! Satu anugerah! Fikiran yang cekap, otak yang seimbang! Percayalah bahawa beliau tidak membosankan malah menghiburkan..

Bersyukurlah ke atas nikmat yang Allah swt telah beri kepada kita semua! Bersyukurlah! Saya nak sediakan tips-tips yang Abang Raja bagi. Nanti Saya bagi okay?

Kepada sesiapa atau mana-mana guru yang berminat untuk menjemput beliau berceramah di sekolah atau dimana-mana saja, sila inbox saya. Harap Maklum.

1 comment:

  1. saya kenal dia :)
    pernah datang sekolah dulu tahun 2010 ke 2009 tak ingat :)

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..