Bila Kemalasan Yang Berjela-jela..

Pengajian Am dah siap buat esei, Sejarah tak ada, MUET belum siap lagi sebab tak faham. Naik sekolah just copy paste jep.. ? Hurm lagi apa ya? Hah BM ! BM aku belum buat sebab tak faham. Bukan tak faham but buat-buat tak faham! Hahahahahaha Betapa malas nya saya.. Tak Nak Buat! Capai Lappy, update blog.. Nguah3 Bulan september dah trial. Bulan november dah start exam. Lepas tu Penggal dua..

Sebenarnya aku lega sangat tau! Yela lega sebab semua buku-buku untuk penggal satu aku dah beli. So, tak adalah susah asyik nak borrow orang saja. Sambil jalan-jalan, aku pun sempat mencapap sikit. Kalau diperhatikan betul-betul, aku dah tembam. Upsss bukan menayang body eh? Kalau nak buat persepsi yang buruk, not here la dear.. Wah terbaik betul ayat kita kan? Gambar yang ori saya lupa nak simpan balik. Hadoii sayang betul! Ni gambar yang tak ori sajalah ye? Hahahaha Sorry eh?

ni time kat kedai kasut Bata. Family saya memang suka pergi kedai Bata .
Walaupun ada yang mahal, but kualiti dia bagus!
Hah nampak kan kasut teratur kat belakang tu?
semuanya cantik2.. hahahaha rambang mata aku weh !

ini malam kat Mydin, MITC Melaka..
Malam tu kan hujung minggu so, ramai jugalah orang.
Mydin? Apa yang best? Banyak pilihan, kedua murah!
Kalau nak cari tudung, cari tudung kat Mydin!
Berlambak! Boleh Tawar menawar tau! 

Dah habis promosi dah kak oii? Kerja tak nak buat ke? Tak nak! Hahahahaha Kertas berlambak kat atas meja ni. Pandang kejab aje lepas tu dah! Mata terus pandang lappy. On Fb and update blog.. Kikiki. Jangan jadi macam saya ni ah! Malas! Lalalalala alaa bukannya selalu  pun saya malas.. Susah tau nak tengok saya malas.. Entah kenapa terasa malam ni malas yang berjela-jela! Ceh wah!

Untuk pengetahuan semua, esok saya cuti! Sebab JEREBU yang melanda baru-baru ni. Sangat teruk kat Melaka tau! Jangan lupa pakai mask! Nanti teruk kang? Bagi yang athma, bawalah ubat or inhaler kemana-mana saja awak berada. Bukannya boleh bergantung 100% kat mask saja . Ye Dakk??

Nasihat dari cik adik yang malas sikit ni, jaga kesihatan dan banyakkan minum air masak ya sayang? Selamat Malam. Tata. Assalammualaikum..

2 comments:

  1. ha3..biasalah 2,kdg2 pnyakit mlas pn dtg jugak :) ape pun rajin2kn la dri 2..

    ReplyDelete
  2. hehehe....normal lah tu. dlu mse Yun amek stpm dulu pun, homework main fotokopi dgn mber jer..hehhe..


    jemput singgah ke blog Yun yer..
    http://sakurayaki.blogspot.com/2013/06/1st-day-at-district-office.html

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..