Antara Cinta Sejati Dan Cinta Pertama..



Tadi tengok drama Cinta Qaseh.. Episod Akhir.. Saya terlepas tengok episod akhir, tu yang cari tu.
Sebak juga lah rasa bila tengok time pertengahan dengan ending dia tu.. :') Sepanjang saya tonton drama Cinta Qaseh episod akhir tu, saya teringatkan dia.. Menitis air mata saya.. :)

Bila kita tiba-tiba terpaksa membuat pilihan. Ya membuat pilihan sama ada Cinta Sejati atau Cinta Pertama.. Sekiranya saya berada di tempat Qaseh, Saya tetap akan memilih suami saya.. Dan itulah Cinta Sejati.. Cinta Sejati yang sebenar adalah selepas kita bernikah.. Itulah Cinta Sejati.. Sambil typing, dengar lagu Cinta Qaseh dari Mila dan Nubhan.. :) Kalau dah jodoh, perjalanannya mesti mudahkan?
Tabahlah wahai hati.. Sabarlah.. Berdoalah.. Semoga dia rasa apa yang saya rasa selama bertahun lamanya.. :') Tidak Mengapa.. Saya Tunggu.. :)

Ya, perasaan Arasy kepada Qaseh tidak pernah berubah! Jauh sekali untuk melupakan Qaseh.. Tapi siapa sangka yang akhirnya Qaseh tetap memilih Wahyu. Itulah Cinta Sejati.. Yang telah berlalu, tetap akan berlalu. Yang telah berlalu telah pun menjadi sebuah kenangan yang terindah. Namun apa yang ada didepan mata kita sekarang, perlulah diteruskan. Perlulah diterima. Perlulah bersyukur kerana masih ada cinta dalam hati dia untuk kamu. Cinta Kepada suami.. Memang susah nak lupakan Cinta Pertama. Ya saya akui! Sangat susah! Siapa yang kata senang tu, tipu! Tipu diri sendiri.. Sedangkan hatinya terluka dan terpaksa menipu diri sendiri.. Kita semua mencari dan terus mencari. Menunggu dan terus menunggu.. Bila? Bila tiba waktunya, kita semua akan merasai cinta sejati itu.. :) be calm..

Bersyukurlah! Bersyukur sekiranya kamu telah ketahui yang diri kamu benar-benar disayangi si dia.. Bersyukurlah kerana dirimu masih dicintai dan disayangi oleh dia. Hati , walau dipaksa, lama-lama dia akan lembut juga. Yang lepas, biarlah berlalu. Masa tidak boleh dipatah semula.



Kalau saya, saya tak mampu nak cari lelaki lain. Saya tak mampu nak buka pintu hati saya untuk lelaki lain. Saya lebih rela tidak kahwin.. Saya akan tetap tunggu dia.. Hingga hujung nyawa saya. Walaupun dia hidup bahagia dengan kehidupan dia.. Saya seorang yang cekal. Walaupun saya tahu yang saya tidaklah secekal mana.. Kalau benar dia bukan untuk saya, pasti Allah datangkan Lelaki yang lebih baik dari dia.. Namun, hati saya masih cinta.. Hati saya masih sayang.. Bagaimana mahu menerima lelaki lain?? Saya pernah berjanji untuk MELUPAKANNYA .. Percayalah! Sehingga sekarang saya tidak mampu untuk melupakannya.. Kerana saya mula suka sejak sekolah rendah. Dan mula cinta sejak sekolah menengah..... Tolong Jangan jadi seperti saya..



MANUSIA YANG HANYA MENUNGGU SESUATU YANG BELUM PASTI MENJADI MILIK KITA ATAU TIDAK! ITULAH SAYA.. DAN ITU JUGALAH PERKARA YANG SIA-SIA.


No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..