"Mid Year Giveaway by Fatin Diana".



Assalamualaikum.


klik banner untuk join

Senarai hadiah:
Plush toy LINE x 1, tribal top x 1, felt bookmark x 3, button badge x 5, novel x 1, notebook x 2, Iwani Cotton Shawl x 5, kerongsang x 2, Fantabulous Facial Scrub & Masker (with guave 5pcs & brush) x 1, bookmark + sticker x 5, shiseido mask x 2, tanaka powder x 1, sabun susu beras x 4, topup x 4, shawl x 1, header / cover timeline x 3, inner bunga x 1, plain pashmina x 1


Segmen Tambah Follower By Sh.Amarina

Nak Join? Klik Banner di atas! Mari Join ramai2.. Boleh meningkatkan followers kita! :) Enjoy !
Now my follower is 272 .. Nice number ! I like it .. Don't forget to follow me. I will follow your back. Thanks!



Bila Kemalasan Yang Berjela-jela..

Pengajian Am dah siap buat esei, Sejarah tak ada, MUET belum siap lagi sebab tak faham. Naik sekolah just copy paste jep.. ? Hurm lagi apa ya? Hah BM ! BM aku belum buat sebab tak faham. Bukan tak faham but buat-buat tak faham! Hahahahahaha Betapa malas nya saya.. Tak Nak Buat! Capai Lappy, update blog.. Nguah3 Bulan september dah trial. Bulan november dah start exam. Lepas tu Penggal dua..

Sebenarnya aku lega sangat tau! Yela lega sebab semua buku-buku untuk penggal satu aku dah beli. So, tak adalah susah asyik nak borrow orang saja. Sambil jalan-jalan, aku pun sempat mencapap sikit. Kalau diperhatikan betul-betul, aku dah tembam. Upsss bukan menayang body eh? Kalau nak buat persepsi yang buruk, not here la dear.. Wah terbaik betul ayat kita kan? Gambar yang ori saya lupa nak simpan balik. Hadoii sayang betul! Ni gambar yang tak ori sajalah ye? Hahahaha Sorry eh?

ni time kat kedai kasut Bata. Family saya memang suka pergi kedai Bata .
Walaupun ada yang mahal, but kualiti dia bagus!
Hah nampak kan kasut teratur kat belakang tu?
semuanya cantik2.. hahahaha rambang mata aku weh !

ini malam kat Mydin, MITC Melaka..
Malam tu kan hujung minggu so, ramai jugalah orang.
Mydin? Apa yang best? Banyak pilihan, kedua murah!
Kalau nak cari tudung, cari tudung kat Mydin!
Berlambak! Boleh Tawar menawar tau! 

Dah habis promosi dah kak oii? Kerja tak nak buat ke? Tak nak! Hahahahaha Kertas berlambak kat atas meja ni. Pandang kejab aje lepas tu dah! Mata terus pandang lappy. On Fb and update blog.. Kikiki. Jangan jadi macam saya ni ah! Malas! Lalalalala alaa bukannya selalu  pun saya malas.. Susah tau nak tengok saya malas.. Entah kenapa terasa malam ni malas yang berjela-jela! Ceh wah!

Untuk pengetahuan semua, esok saya cuti! Sebab JEREBU yang melanda baru-baru ni. Sangat teruk kat Melaka tau! Jangan lupa pakai mask! Nanti teruk kang? Bagi yang athma, bawalah ubat or inhaler kemana-mana saja awak berada. Bukannya boleh bergantung 100% kat mask saja . Ye Dakk??

Nasihat dari cik adik yang malas sikit ni, jaga kesihatan dan banyakkan minum air masak ya sayang? Selamat Malam. Tata. Assalammualaikum..

Nak Naikkan Traffic Blog ? Tingkatkan Followers?

Untuk pertama kalinya saya sediakan satu GROUP KHAS UNTUK BLOGGER yang ingin mempromosikan blog mereka.. Ada blog? Entry yang awesome ? Jom join Group yang baru ini .. !

Join Group di Facebook adalah salah satu cara utama untuk meningkatkan traffic blog anda! Ini adalah cara yang paling mudah untuk meningkatkan followers anda selain blogwalking, hantar jejak dan follow back.. Benar Kan? Saya mempunyai hampir 100 lebih group blog di facebook! Lagi banyak group blog, kemungkinan traffic blog kamu semakin meningkat. Jadi apa tunggu lagi? Jom join ramai2!


Siapa Kenal YM Raja Shamri ??

Assalammualaikum kawan-kawan. Semalam balik asrama, hari ini baru start blogging. Harap kamu semua sihat. Saya Alhamdulillah.. :)

Almaklumlah, saya student lagi, so busy saja memanjang! Busy la sangat. :p Hari Rabu Cikgu kaunseling yang seinonim dengan panggilan 'Ibu' ingatkan kami semua yang kehadiran adalah WAJIB bagi Tingakatan Lima dan Tingkatan Enam sebab tahun ni, kami semua akan menduduki peperiksaan. Mula motivasi pada jam 8.00 PAGI hingga 5.00 PETANG! what? 5.00 Petang? Kawan-kawan saya semua bebel-bebel. Kenapa sampai jam lima petang? Saya pun tak tahu! Apa yang special sangat motivate tu sampai jam lima petang? Hah lagilah saya tak tahu!

Hari Jummat. Terus masuk dorm! Saya pun tanyalah kakak senior saya, Kak Sherry.

"Akak, kenapa motivate tu sampai jam lima petang?? Siapa penceramah tersebut?? "

"Sekolah kita  bayar dia mahal, dia pernah masuk tv3 waktu pagi, bagi ceramah. Kaki dia tak ada sebelah. Dia pakai kaki palsu.. Pernah tengok penceramah tu kat tv3..?" jawab Kak Sherry panjang lebar..

Saya punyalah terkejut! Guna kaki palsu?  Pernah masuk tv3? Hurm aku tak kenal sebab pagi-pagi aku memang tak buka tv. Harap tv je cantik! Siaran tak cantik pun! Ceh, protes sikit!
Okay saya sambung cerita.. Jujur memang tak percaya pun! Okay saya deal! Esok datang!

Kamu semua belum kenal YM Raja Shamri kan? Baiklah biar saya kenalkan siapa manusia yang guna kaki palsu tu.. :') Kaki kiri seperti biasa.. Tapi kaki kanan saja yang perlu menggunakan kaki palsu untuk berjalan seperti kita ini..

YM Raja Shamri, anak kelahiran Negeri Kelantan umur dalam lingkungan 30-an, seorang yang berjaya dalam hidup yang telah menempuh pelbagai dugaan dan onak duri dalam kehidupan beliau. Lahir dari keluarga yang susah namun Allah memberikan beliau satu anugerah yang tidak terhingga iaitu KEPANDAIAN yang dia ada! Saya sangat mengagumi dan beliau telah pun melanjutkan pelajarannya di US. Dengan pengalaman yang ada, beliau telah berkongsi cerita sejak beliau kecil hinggalah dewasa. Menceritakan bagaimana beliau hidup dengan menggunakan kaki palsunya..



Untuk pengetahuan semua, bukan itu sahaja. Malah, beliau juga mengalami masalah TANGAN KANAN.  Maka, beliau terpaksa menggunakan TANGAN KIRI beliau untuk makan.  Tangan Kanan yang cacat telah pun diperbetulkan sedikit supaya beliau dapat sembahyang dengan sempurna! Namun, tidaklah sesempurna seperti insan biasa seperti kita yang cukup segala-galanya!!

Motivasi selama berjam-jam itu sangat manfaat! Lah patutlah mahal! Motivasi dari dia sememangnya bagus! Thumbs up! Betul, demi Allah saya tak tipu.. Sampai ada beberapa penceramah yang dengki dengan beliau tau! Tak percaya? YM Raja Shamri yang cerita! Tak akan dia nak tipu?



Kami dalam dewan lebih mesra dengan memanggilnya Abang Raja. Beliau juga ceritakan sampai ada orang santau beliau kerana perasaan dengki!

gambar terbaru beliau yang pergi ke Mekah baru-baru ini..

percaya atau tidak, dia telah membeli sebuah syarikat yang telah jatuh bankrup.
dia mula mendirikan semula syarikat tersebut..

Beliau pernah menceritakan yang sewaktu sekolah rendah, beliau pernah menangis di dalam tandas kerana kelaparan. Makanan yang dibeli sebelum itu telah pun jatuh. Beliau terpaksa minum air paip hanya untuk mengisi perut yang lapar! Ketahuilah bahawa, sepanjang sesi motivasi, setiap penceramah akan minum air masak kan? Tapi YM Raja Shamri tidak minum pun!Kerana beliau mampu bertahan! Satu anugerah! Fikiran yang cekap, otak yang seimbang! Percayalah bahawa beliau tidak membosankan malah menghiburkan..

Bersyukurlah ke atas nikmat yang Allah swt telah beri kepada kita semua! Bersyukurlah! Saya nak sediakan tips-tips yang Abang Raja bagi. Nanti Saya bagi okay?

Kepada sesiapa atau mana-mana guru yang berminat untuk menjemput beliau berceramah di sekolah atau dimana-mana saja, sila inbox saya. Harap Maklum.

Antara Cinta Sejati Dan Cinta Pertama..



Tadi tengok drama Cinta Qaseh.. Episod Akhir.. Saya terlepas tengok episod akhir, tu yang cari tu.
Sebak juga lah rasa bila tengok time pertengahan dengan ending dia tu.. :') Sepanjang saya tonton drama Cinta Qaseh episod akhir tu, saya teringatkan dia.. Menitis air mata saya.. :)

Bila kita tiba-tiba terpaksa membuat pilihan. Ya membuat pilihan sama ada Cinta Sejati atau Cinta Pertama.. Sekiranya saya berada di tempat Qaseh, Saya tetap akan memilih suami saya.. Dan itulah Cinta Sejati.. Cinta Sejati yang sebenar adalah selepas kita bernikah.. Itulah Cinta Sejati.. Sambil typing, dengar lagu Cinta Qaseh dari Mila dan Nubhan.. :) Kalau dah jodoh, perjalanannya mesti mudahkan?
Tabahlah wahai hati.. Sabarlah.. Berdoalah.. Semoga dia rasa apa yang saya rasa selama bertahun lamanya.. :') Tidak Mengapa.. Saya Tunggu.. :)

Ya, perasaan Arasy kepada Qaseh tidak pernah berubah! Jauh sekali untuk melupakan Qaseh.. Tapi siapa sangka yang akhirnya Qaseh tetap memilih Wahyu. Itulah Cinta Sejati.. Yang telah berlalu, tetap akan berlalu. Yang telah berlalu telah pun menjadi sebuah kenangan yang terindah. Namun apa yang ada didepan mata kita sekarang, perlulah diteruskan. Perlulah diterima. Perlulah bersyukur kerana masih ada cinta dalam hati dia untuk kamu. Cinta Kepada suami.. Memang susah nak lupakan Cinta Pertama. Ya saya akui! Sangat susah! Siapa yang kata senang tu, tipu! Tipu diri sendiri.. Sedangkan hatinya terluka dan terpaksa menipu diri sendiri.. Kita semua mencari dan terus mencari. Menunggu dan terus menunggu.. Bila? Bila tiba waktunya, kita semua akan merasai cinta sejati itu.. :) be calm..

Bersyukurlah! Bersyukur sekiranya kamu telah ketahui yang diri kamu benar-benar disayangi si dia.. Bersyukurlah kerana dirimu masih dicintai dan disayangi oleh dia. Hati , walau dipaksa, lama-lama dia akan lembut juga. Yang lepas, biarlah berlalu. Masa tidak boleh dipatah semula.



Kalau saya, saya tak mampu nak cari lelaki lain. Saya tak mampu nak buka pintu hati saya untuk lelaki lain. Saya lebih rela tidak kahwin.. Saya akan tetap tunggu dia.. Hingga hujung nyawa saya. Walaupun dia hidup bahagia dengan kehidupan dia.. Saya seorang yang cekal. Walaupun saya tahu yang saya tidaklah secekal mana.. Kalau benar dia bukan untuk saya, pasti Allah datangkan Lelaki yang lebih baik dari dia.. Namun, hati saya masih cinta.. Hati saya masih sayang.. Bagaimana mahu menerima lelaki lain?? Saya pernah berjanji untuk MELUPAKANNYA .. Percayalah! Sehingga sekarang saya tidak mampu untuk melupakannya.. Kerana saya mula suka sejak sekolah rendah. Dan mula cinta sejak sekolah menengah..... Tolong Jangan jadi seperti saya..



MANUSIA YANG HANYA MENUNGGU SESUATU YANG BELUM PASTI MENJADI MILIK KITA ATAU TIDAK! ITULAH SAYA.. DAN ITU JUGALAH PERKARA YANG SIA-SIA.


Kawan Saya. Adaa Dah Nak Pergi Dah...

Armada-Buka Hatimu.. Sambil typing, dengar lagu.. Sambil typing, aku senyum sorang2.. :)) Plus2! Gila agaknya? Hahahaha Entahlahh Tak tahu kenapa dan jangan tanya kenapa.. :) Tadi tengok Jozan.. Semua video dia, saya tengok balik.. Tengok banyak kali pun tak bosan! Sebab sangat kelakar.. :)
Tengah-tengah blogging ni, teringat kawan saya.. Si Adaa tu..

Lepas ni saya tidur sorang2.. Lepas ni saya pergi dewan sorang2.. Lepas ni saya ketawa sorang2.. Lepas ni saya masuk tandas sorang2.. Lepas ni semuanya saya sorang..

 Kenapa? Sebab Adaa dah dapat tawaran sambung belajar di Poli.. Kos Kejuruteraan Awam.. Alhamdulillah.. Hurm walaupun berat hati nak lepaskan tapi demi masa depan aku sanggup.. :') Okay sedih kejab.. :"(  Sampai saya bermimpi yang Adaa tak jadi nak sambung belajar.. Yes! Aku menangis juga malam tu. Hahaha kelakar lah aku ni kan? Kawan manalah yang tak sedih bila kawan  baik kita nak pergi kan? Alah bukannya jauh pun dalam Melaka juga. Yalah. Memang lah dalam Melaka.. Tapi kita dah tak selalu jumpa dah. Now, tinggal saya dengan Jihah Azwan saja.. Kembar saya tu? Hurm Siapa yang selalu ikuti perkembangan blog ni, mesti kenal Adaa and Jihah Azwan..

Tiba-tiba hati saya jadi sayu.. Bertambah sayu bila tiba corus lagu Armada ni.. :''( Tak apalah.. Rezeki Adaa.. Tak kan saya nak bantah kot? Tak kan saya nak halang? Saya nak tengok kawan saya semuanya berjaya.. Termasuklah PARA BLOGWALKING yang sedang membaca ni.. :') Ingatlah bahawa rezeki tu ada dimana-mana saja.. :')

Lepas ni saya jadi diri saya yang dulu.. Seorang yang pendiam dan menyendiri.. Sebab tak ada Adaa.. Ya aku tahu aku penah kecilkan hati dia.. Tapi dia tak bagi tahu aku.. Sebab tak nak aku rasa serba salah. Mungkin? Habis macam mana aku tahu? Dari air muka pun aku dapat baca.. Maafkan aku ya? Aku ni bukanlah kawan yang sempurna pun.. Mungkin bukan kawan yang terbaik untuk kau. Yang selalu sakitkan hati kau.. Yang pernah kecilkan hati kau sampai kau menangis.. Mungkin aku tak sengaja. Mungkin juga aku terlepas cakap. Apalah yang istimewanya aku ni, Adaa. Hurm.. Tiba-tiba aku flashback balik kenangan aku..

Aku lupa nak kongsi cerita kat korang.. Masa tu aku dengan Adaa kat bangku panjang tau.. Dua budak lower form aku.. Waktu tu always aku dengan Adaa.. Sampai budak lower form tu tanya..

"Akak berdua ni memang dah lama kenal ke? "
"Aaah.. Sejak sekolah rendah lagi.. Form 1,2 and 3 sama kelas.. Form 4 and 5 tak sama kelas sebab lain aliran.. Tapi Form 6, kita orang sama balik.. Dah lama dah dik.." Jawab Adaa...
"Uisshhh lamanya!"

Mesti korang tak percayakan. Si Adaa ni bukan Sahabat or anywhat.. But dah macam adik beradik aku dah.. Sebelum tidur kat asrama, aku dengan dia mesti borak dulu. Cerita pasal orang dia suka, orang yang aku suka.. (bergenang air mata aku.. sob sob sob hahahaha) .. Pernah sampai wrestling atas katil tahu tak? Memang kelakar..

Tiba-tiba teringat waktu aku ikut Adaa pergi bercuti kat rumah Tok Ngah.. Mersing Johor.. :') Yes! Memang seronok.. Aku, Adaa dengan Tok Ngah saja. Sebab waktu tu mengundi. So, Tok Ngah nak mengundilah. Kami berdua yang tak cukup umur ni, temankan saja Tok Ngah.. Petang-petang, Malam-malam, Pagi-pagi tengok Running Man sama-sama. Gelak sampai guling-guling sama-sama.. Sampai keluar air mata!

Nothing special about me la Kawan! Mungkin aku bukan kawan yang terbaik untuk kau.. Ada ramai lagi kawan yang kau akan kenal kat POLI nanti.. Adaa, jaga diri tau.. Ish ! Adaa bukan budak kecil lagi yang nak aku ingatkan.. Nanti dia dah jauh.. :) Tak Apalah Adaa.. Ada masa kita jumpa lagi.. DAN ! Biarlah waktu kita berjumpa semula tu, waktu tu kita dah berjaya..

Sekali lagi aku nak minta maaf jika salah silap, terkasar bahasa.. Or anything la kalau kau terasa hati ke apa ke kan? :)) Hahaha sorry la weh.. Jaga diri bebaik.. Jangan kau nangis pulak baca bende alah ni nanti ya?


Ikhlas dari,

Bila Minah Senget Sibuk Berblogging !

Cuti dua minggu ni, makin banyak pula segmen yang dianjurkan.. KAN? Saya malas nak join. Kalau rasa hadiah menarik dan sponsor tak banyak atau sponsor stabil dengan hadiah, barulah saya join.. :)

Ish saya ni sibuk berblogging. Kerja Nota tak siap lagi.. Nampak tak kemalasan saya berjela-jela? Hahahaha Baru-baru ni saya dapat tahu yang Izzue Islam, hero dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia tuh, dah bernikah. Betul ke? Wah beruntungnya isteri dia kan? Isteri dia tak adalah cantik mana pun. Biasa-biasa saja.. Tapi suami dia cer tengok? Hah zaman sekarang kalau kita tengok dan kaji betul-betul selalunya macam tu? Betul ke? Alaa dah jodoh, nak buat macam mana.. Ye dak??

  




Hah korang ! Aku nak tergelak baca komen para peminat Izzue Islam ni.. Hahahahaha Terutama sekali perempuan! Kah3

Bila Izzue Islam buat caption "Harini adalah hari gembira buat izzue . Peace yo "
ada comment dari wanita ni "hari paling sedih buat saya, sob sob sob :'( "

Paling tak boleh bla, ayat ni! Hahahaha
"Izzue Islam → Akad nikah → "Saya terima nikah ... "→ Tiba-tiba Tiz Zaqyah datang →"Nanti ! Sebenarnya saya isteri dia!" → Penonton tepuk tangan !"

Dan Ini Comment yang aku sangat RESPECT !!

"Aq tgk muka bini izzue islam nie je dh tau dia seorg yg bersopan santun, berbudi bahasa, wlaupon 
mereka2 menyatakan rupa paras isteri izzue nie xberapa cantik.. Hanya lelaki yg tahu menilai sikap 
seorang wanita dengan hanya sekali pandang.. Itu la kelebihan lelaki, bgi wanita2 yg mengata tuh, 
biarpun rupa paras cantik.. Tpi tiada sopan dan santun, alamatnya ANDARTU la anda.. Haha.. Cuba tgk 
isteri ady putra, berbadan gempal mcm doraemon.. Kenapa ady putra xpilih yg cun melecun and 
ramping??? Fikir2kan la wahai wanita yg berhati busuk.."

Pemenang Segmen Seramai Tiga Blogger Dicari..!!

First sekali Nuna nak ucapkan Tahniah kepada TIGA BLOGGER yang telah terpilih dari MISTER RANDOM. Yang tak dapat tu, jangan risau. Itu semua kan adat :) Dan SATU blogger bertuah!!

TIGA BLOGGER YANG DICARI !!

                                                           Pinkaholic!!
                                                           Aminin (dot) My
                                                           Hello Buu

SATU BLOGGER AKAN DIREVIEW !!

                                                           Mr. Copy Paste

Sebenarnya Nuna sengaja saja buat SATU BLOGGER BERTUAH tu. Kononya suprise! Alaa apalah sangatkan kalau blog direview? Hah kamu yang suka cakap macam tu, meh sini Nuna nak habak sikit kat depa.. Kebaikan review ni,orang yang akan baca post yang telah direview ni, secara automatiknya akan singgah dan blogwalking plus FOLLOW blog yang bertuah tu. Secara aautomatik pageview Blogger Bertuah tu akan meningkat secara mendadak! Jangan pandang rendah ya?? :)

Pelik kenapa tiba-tiba ada BLOGGER BERTUAH? Klik SINI,,

Tahniah kepada pemenang..

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Ketika Belajar..

Hari ini saya nak buat tips untuk semua pelajar! Terutamanya saya yang selalu buat nota kecik sejarah.. Serius memang mengantuk.. :D Hahahaha Tiba-tiba terfikir nak kongsi macam mana nak hilangkan rasa ngantuk nih..

Ramai pelajar yang memang betul-betul nak belajar tapi disebabkan mengantuk, study kita pun tergendala kan? Ye Dak?? Kadang-kadang baca je memanjang tapi tak tahu apa yang dibacanya. Masuk telinga kanan, save kat otak lepas tu keluar balik dari telinga kiri.. Haish! Susah tu !

Jom try ! Saya pun nak try nanti.. :) Budak belajar la katakan ? :)

Mungkin Kita Tak Cukup Tidur..
Inilah yang saya baca dilaman sesawang.. Tidur tu pun salah satu faktor juga dan penting untuk kita sebagai pelajar ni tau! Masa tidur untuk pelajar macam kita ni 6-8 jam! Tak boleh kurang, tak boleh lebih.. Tidur yang berlebihan akan menyebabkan kita ngantuk juga tau? Tak Percaya? Kena percaya juga! :D

Tiada Minat Belajar..
Saya memang tak minat Sejarah.. Sepanjang saya Tingkatan 1 dan 2 , sejarah saya memang GAGAL.. Tapi PMR saya lulus! Time form 4 dan 5, sejarah saya D . Teruk kan? Tapi SPM, saya dapat B+ .. Jangan tanya kenapa. Hahahaha Toyol kowt?
Orang yang tiada minat belajar ni akan membuatkan diri dia bertambah rasa ngantuk!

Minum AIR KOPI untuk berjaga malam..
Kalau kamu semua yang suka belajar tengah-tengah malam, minumlah kopi.. Kopi tu banyak khasiatnya.. Sehingga sekarang pakar scientis belum temui kekurangan kopi. :)

Makanan Yang Berlebihan..
Patikan sebelum kamu belajar, perut kamu dalam keadaan yang selesa.. Bukan selepas makan, kamu terus berada depan buku! Tunggu dalam 4 jam untuk proses pencernaan. Kalau study waktu makanan sedang sibuk bekerja, ia akan mengganggu dan membuatkan kamu lebih rasa ngantuk..


Sebenarnya, banyak lagi faktor-faktor mengantuk ni tau.. Terutama sekali persekitaran.. :) Selamat Membaca.. Salam!

Segmen : Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K



Jumlah Follower : 203
Tarikh Tamat Segmen : 30 June 2013