Siapakah yang layak MEMIMPIN negara kita???

Pemimpin yang berwibawa adalah sangat penting untuk sesebuah negara.. **Tentulah penting, takkan tak penting kowt? Tapi kamu semua tahu kah siapa yang layak MEMIMPIN negara kita? Aku bangga dengan NEGARA ARAB SAUDI. Dengan hanya menggunakan bahasa mereka sendiri, hidup aman makmur, menggunakan hukum hudud, mereka mampu maju..! KIta? Aku juga bersyukur kerana jadi anak Malaysia dan anak ABU KASSIM .. **ayah aku sporting! Ingat senangkah nak galas jawatan dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri nih? Jangan buat main!

Siapa yang layak jadi PERDANA MENTERI kita sebenarnya? Anwar Ibrahim kah? Dato' Seri Najib kah? Nik Aziz kah? Jawapannya ialah ini..


1. Lemah-lembut
2. Kasih sayang dan pemurah
3. Tidak emosi
4. Mendoakan penentang
6. Mengingatkan kepada Tuhan dan menyedarkan kepada mati
7. Tutur kata dan bahasanya sangat dijaga
8. Tenang menerima ujian
9. Tidak senang dengan pujian
10. Tidak menjawab kejian
11. Marahnya dalam batas syariat
12. Selalu memberi maaf
13. Sedikit gurauan dan tidak bercakap lucah
14. Mendengar pandangan
15. Peka dengan kehidupan rakyatnya
16. Sangat sabar dengan kerenah manusia
17. Adil pakaiannya
18. Pemurah tradisinya
19. Cita-cita dan kemahuannya tinggi dan keras
20. Tidak mengugut sesiapa
21. Tidak kecewa dan putus asa
22. Musuhnya sangat benci biarpun hati mereka mengakui kebenaran yang dibawanya.
23. Sangat mencorak masyarakat dan bukan masyarakat yang mencoraknya kerana dia mempunyai prinsip yang teguh.Prinsip hidupnya adalah syariat Tuhan yang amat sempurna yang tidak berubah sepanjang zaman.
24. Percakapannya atas dasar ilmu yang termasuk dari sumber ilham dalam memahamkan sesuatu ajaran Islam.
25. Tidak menjawab tuduhan. Atau kalau perlu menjawab tuduhan sekadar menjelaskan sesuatu kekeliruan atau untuk tujuan menghilangkan fitnah.
26. Tidak mendabik dada atas kejayaan, untuk menghindari syirik khafi kerana menafikan Tuhan dan merasakan dirinya yang berbuat dan yang menempah kejayaan.
27. Tidak sombong dan menjauhi diri dari mengungkit jasa-jasanya.
28. Merendah diri atau tawadhuk.
29. Bercakap bila perlu, dan banyak diamnya.
30. Tiada kerja yang sia-sia.
31. Dirinya menjadi contoh atau model.
32. Tidak RASUAH..
33. Bijak Merancang Strategi.
34. Berani Untuk Sertai Ke Medan Perang..


Selagi PM kita tiada ciri2 di atas, dia bukanlah seorang PEMIMPIN YANG SEBENAR. Inilah Pemimpin Islam.. :') Aku hanya beri pendapat dari budak suara rakyat. :) Umur bukanlah penghalang untuk memimpin sesebuah negara.. :))

No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..