Bayi Dalam Paip Diselamatkan!

Jinhua: Seorang bayi baru lahir diselamatkan anggota bomba selepas dia dibuang tersumbat dalam paip kumbahan di sebuah rumah di China.
Bayi berkenaan diselamatkan dari dalam paip selebar 10 sentimeter yang terletak betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa pejalan kaki mendengar dia menangis.

Polis menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang.
Doktor dengan berhati-hati memotong paip itu, kerja yang dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu.
Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil.

Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran.





BAYI itu akhirnya diselamatkan oleh anggota bomba.
Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu. Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh menerima atau memaafkan perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas. Adakah mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. “Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas.” Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara berkenaan. Antara punca yang dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak. - Daily Mail

Nak Cantik ? Baik baca! Memang Mujarab!

MAKE UP MUSLIMAH

1-jadikanlah GHADUL BASHAR ( menundukkan pandangan ) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan  semakin bening dan jernih

2-oleskan LIPSTIK KEJUJURAN pada bibir anda, nescaya akan semakin manis

3-gunakanlah PEMERAH PIPI anda dengan kosmetik yang tebuat dari rasa malu yang dibuat dari salun IMAN

4-pakailah SABUN ISTIGHFAR yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan

5-rawatlah rambut anda dengan SELENDANG ISLAM yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki-lelaki yang merbahaya

6-hiasilah dua tangan anda dengan GELANG TAWADHU' dan jari-jari anda dengan CINCIN UKHWAH

7-bedaklah wajah anda dengan AIR WUDHU nescaya akan bercahaya di akhirat.


INSYA-ALLAH SEMOGA HIDUP KITA DIBERKATI ALLAH SWT...




Bila Cadar Tilam Saya Kena Air liur Basi..

Hai semua! Dah lama saya tak free macam dulu kan? Gelak sama-sama.. Tanya khabar, dah makan ke belum.. Hahahaha Saya belum makan lagi. Memang lah korang tak tanya tapi saya bagi tahu saja.. :( keh3.. nga buat apa tu? hah saya tahu ! bila orang yang tengah blogging or blogwalking ni sambil2 tu mestilah tengah online kan? Alaah! Dah faham sangat dah! Korang apa khabar? Sihat? Aku alhamdulillah.. Hadoii nga basuh baju tadi.. Dah siap keringkan dah.. Tengah nak sidai saja belum! Korang sat eh? nak sidai baju jab! tunggu tau! hehehe baju aku sebakul! Itu semua baju asrama.. Jab tau! Ada benda nak share dengan korang semua! Wait2.. :)



Lima minit kemudian....

Alaaa sekejab saja sidai baju tuh.. Lagi pun itu semua baju aku, siapa lagi yang nak sidaikan .. Barang sendiri, sidai sendiri laa! :D

Saya tak ingat tarikh dia bila but ingat hari saja.. Hari Ahad! Petang tu saya balik asrama.. Malam tu saya balik rumah balik sebab rumah kedua saya tak ada air!! Habis macam mana nak mandi??? Habis aku kena soal selidik dengan ayah aku tau..! Nasib baik mood ayah saya waktu tu okey saja! :)

Esok jam Enam Pagi awal-awal saya bangun! Pergi sekolah macam biasa lah kan? Tetiba malam hari isnin tu saya nak tido, bantal dan cadar tilam saya bau air liur basi! Hah? siapa punya air liur basi ni? macam mana saya nak tidur? Saya pun bangun lah! Bila bangun tengok je kat tilam ada 'peta'.. Hadoii.. Nasib saya lah.. Nak tidur pun kena cover tau! Keh3.. Saya pun tertanya-tanya siapa lah tuan punya air liur basi nih.. Patut ke?? Tak patut tak patut..!


Bila tuannya tiada, jaglah sesuatu barang tuannya dengan baik setelah digunakan.. Itu tandanya kita hargai apa yang tuannya bagi.. Hah nampak tak nilainya kat situ? Elleh cakap orang tidur keluar air liur basi... Korang pun sama kan?? Tak nak ngaku.. :p Malu lah tu? :) Buat apa nak malu.. Bagi saya normal lah tuh.. Sebab bila kita tidur, mulut kita akan terngangah.. Tengok juga jenis orang tu macam mana.. :)
Tapi persoalannya KENAPA KATIL SAYA??? mwahhhh!!

100 Hari Sebelum Kematian..

Hari ini entry terakhir untuk semua pembaca.. Tiba-tiba saya teringin nak membuat entry tentang kematian.. Ingat Mati kan sunat? Bila-bila masa saja kita akan pergi. Manalah tahu saya yang pergi dulu.. ? Mungkin ada di antara kamu yang pernah menonton drama 100 Hari .. Drama tu ditayangkan tv1 atau tv2 entah! Saya pun lupa.. Cerita tu mendapat sambutan ramai tau! Banyak kali diulang tayangkan di siaran tv.. Mungkin ada diantara kita tidak pernah tengok.. Bagus untuk semua Umat Islam.. Drama yang penuh dengan zikrullah. Lagu Taubat Nasuha.. Sesiapa yang benar2 menghayati drama itu, akan terasa TAKUT untuk mati.. Sesiapa yang benar2 menghayati bait2 zikir dan lagu itu, akan turut merintih di dalam hati.. Kepada yang belum menonton, jangan risau belum terlambat lagi.. Klik saja DI SINI..

Tahu tak kamu yang kita akan pergi tanpa berjumpa dengan waktu Asar..? Ya,, mungkin kamu tak perasan. Jom baca Tanda-tanda 100 Hari Sebelum Kematian..

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak!!!Saling berpesan2lah sesama kita........ .


Baju Nikah.. :))

Hari tuh, entah hari apa entah. Tetiba my mom and me tengok baju nikah.. Ohh so sweet.. Cantik gila beb! Saya pun mulalah berangan.. Amboi.. :D Ibu saya dah plan awal2 dah baju nikah anak2 dara dia. Hahaha saya pun ketawalah.. Saya cakap dengan ibu yang saya nak kain satin.. :) And ada kain lining yang macam jaring2 tuh.. :) Ibu cakap , saya tak perlu risau.. Ibu tahulah apa ibu nak buat. Ibu fahama sangat anak2 ibu nih. :)) Eceh, macam ibu pula yang nak kawin :P

Jom tengok :)


baju nikah ni jenis peplum tau. mesti mahal kan?

cantiknya yang ini.. :(
Hah yang ini sajalah yang saya berkenan.. Yang lain tudung singkat lah itulah inilah.. Saya nak yang simple tapi cantik. Senang tak serabut.. Ada bunga2 kecik2. tak suka besar2.. Hehehehe Nikah kat mana ya? Ya Allah! Awal2 lagi aku dah plan! Ish nak minta diri dulu lah.. Kang lama2 kang, merepek pulak saya bebel nanti.. k tata salam! **lari2

10 Days Giveaway by Fatin Diana


Hah nampak tak banner kat atas tuh? KLIK dan join.. Aku join saja. Nasib tu tak tahu lah ada ke tidokk..  Kalah tak tahulah.. Hahahah Hik Hok.. jom Join ?

Siapakah yang layak MEMIMPIN negara kita???

Pemimpin yang berwibawa adalah sangat penting untuk sesebuah negara.. **Tentulah penting, takkan tak penting kowt? Tapi kamu semua tahu kah siapa yang layak MEMIMPIN negara kita? Aku bangga dengan NEGARA ARAB SAUDI. Dengan hanya menggunakan bahasa mereka sendiri, hidup aman makmur, menggunakan hukum hudud, mereka mampu maju..! KIta? Aku juga bersyukur kerana jadi anak Malaysia dan anak ABU KASSIM .. **ayah aku sporting! Ingat senangkah nak galas jawatan dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri nih? Jangan buat main!

Siapa yang layak jadi PERDANA MENTERI kita sebenarnya? Anwar Ibrahim kah? Dato' Seri Najib kah? Nik Aziz kah? Jawapannya ialah ini..


1. Lemah-lembut
2. Kasih sayang dan pemurah
3. Tidak emosi
4. Mendoakan penentang
6. Mengingatkan kepada Tuhan dan menyedarkan kepada mati
7. Tutur kata dan bahasanya sangat dijaga
8. Tenang menerima ujian
9. Tidak senang dengan pujian
10. Tidak menjawab kejian
11. Marahnya dalam batas syariat
12. Selalu memberi maaf
13. Sedikit gurauan dan tidak bercakap lucah
14. Mendengar pandangan
15. Peka dengan kehidupan rakyatnya
16. Sangat sabar dengan kerenah manusia
17. Adil pakaiannya
18. Pemurah tradisinya
19. Cita-cita dan kemahuannya tinggi dan keras
20. Tidak mengugut sesiapa
21. Tidak kecewa dan putus asa
22. Musuhnya sangat benci biarpun hati mereka mengakui kebenaran yang dibawanya.
23. Sangat mencorak masyarakat dan bukan masyarakat yang mencoraknya kerana dia mempunyai prinsip yang teguh.Prinsip hidupnya adalah syariat Tuhan yang amat sempurna yang tidak berubah sepanjang zaman.
24. Percakapannya atas dasar ilmu yang termasuk dari sumber ilham dalam memahamkan sesuatu ajaran Islam.
25. Tidak menjawab tuduhan. Atau kalau perlu menjawab tuduhan sekadar menjelaskan sesuatu kekeliruan atau untuk tujuan menghilangkan fitnah.
26. Tidak mendabik dada atas kejayaan, untuk menghindari syirik khafi kerana menafikan Tuhan dan merasakan dirinya yang berbuat dan yang menempah kejayaan.
27. Tidak sombong dan menjauhi diri dari mengungkit jasa-jasanya.
28. Merendah diri atau tawadhuk.
29. Bercakap bila perlu, dan banyak diamnya.
30. Tiada kerja yang sia-sia.
31. Dirinya menjadi contoh atau model.
32. Tidak RASUAH..
33. Bijak Merancang Strategi.
34. Berani Untuk Sertai Ke Medan Perang..


Selagi PM kita tiada ciri2 di atas, dia bukanlah seorang PEMIMPIN YANG SEBENAR. Inilah Pemimpin Islam.. :') Aku hanya beri pendapat dari budak suara rakyat. :) Umur bukanlah penghalang untuk memimpin sesebuah negara.. :))