Teknik Senaman Mata..

Tips ni sesuai untuk student dan pekerja yang suka tidur lewat malam yang melakukan ulangkaji or anything la.. Badan tak letih tapi mata pula yang letih kan? Aik? Pelik pula.. Nak kata ngantuk tak pula tapi letih saja yang lebih.. Kadang-kadang mata kita juga terlalu letih bila menghadap laptop berjam2! Terutama kamu yang edit blog yang tak berganjak! Hei korang, mata pun letih juga tau!
Hah saya ada tips yang telah saya jumpa kat laman sesawang. Saja nak share dengan korang yang selalu tidur lewat.. Hehehehe try ni okay?

Teknik Senaman untuk Penjagaan Mata

1.    Tahan dan pusatkan pandangan mata pada objek kecil seperti pen. Letakkan pen pada jarak sekitar 15 cm dari mata. Kemudian alihkan pandangan ke tempat lain dan lihat objek lain yang letaknya jauh dari anda. Ulangi gerakan ini selama 1 minit.

2.    Letakkan pen pada lengan dan pusatkan pandangan pada pen tersebut. Dengan perlahan gerakkan lengan serta pen tersebut mendekati hidung, kemudian jauhkan balik. Ulangi beberapa kali.


3.    Putar kedua-dua mata perlahan-lahan ke satu arah, berganti-ganti ke arah lain. Ulangi sebanyak 10 kali.  
Tips tambahan untuk penjagaan mata: Jangan lupa untuk berehat seketika semasa membaca dan elakkan menghadap komputer terus menerus tanpa henti. 


No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..