Erti Seorang Sahabat Sejati :)

Boleh saya tanya 'Awak ada Sahabat?' Mungkin sesetengah yang baca ada sahabat. Tapi saya tiada. Entahlah. Kalau kawan rapat tuh adalah. ;) Kadang2 saya terfikir2 siapa dia sahabat sejati? Yang talam dua muka itu kah? Yang suka buruk2 kan kawan sendiri itu kah? Yang selalu ada di sisi kita disaat dia sedih saja kah?



APAKAH MAKNA ERTI SAHABAT SEJATI:- adakah anda salah seorangnya...kalau tidak anda boleh jauhkan diri anda....('',) persahabatan bertiangkan Ilahi, pasti ia disertai kejujuran dan redhaNya. Tiada istilah khianat menghianati mahupun tikam belakang, apatah lagi mengata dan mencela. Tiada istilah dendam berdendam dan apa sahaja tindakan yang bisa melukakan hati sahabatnya. 

Dan sifat-sifat sahabat sejati ialah:


❀ Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu 

❀ Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu

 ❀ Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu 

❀ Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik 

❀ Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu 

❀ Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya 

❀ Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya 

❀ Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu 

❀ Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu

 ❀ Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu 

❀ Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu 

❀ Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan 

❀ Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat 

❀ Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat. 

Saidina Ali pula ada mengatakan bahawa: 

❀ Jangan berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tetapi hakikatnya dia akan mencelakanmu. 

❀ Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya. 

❀ Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukan 

❀ Dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah
Sahabat sejati bukan mudah untuk dicari. Mencari sahabat sejati bagaikan mencari sebiji benih yang terselit dalam semak berduri. Bersedialah untuk dilukai, namun jangan mengalah untuk terus mencari. Andai sudah kau temui, sayangilah dirinya sepenuh hati, dan suburilah ia dengan hati yang ikhlas dalam diri, agar dirimu juga menemui cinta Ilahi. 

Renung-renungkanlah sifat-sifat sahabat sejati di atas. Adakah salah satu di atas ada pada sahabat kamu? Maka terimalah dia. :')

No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..