Drama / Filem Melayu Sudah Kesuntukan Idea!

Nampak tak tajuk apa yang aku buat? Kenapa? Aku marah kah? Hahaha tak marah pun. First sekali saya nak bagi tahu, sekiranya ada orang kritik apa yang aku cakap kat sini, kritik lah! Ini pendapat saya! Saya ada hak untuk bersuara. Kalau bukan saya, kalau bukan kita, siapa lagi? Sampai bila Melayu nak macam ni? Tak nak maju kah?

Tahu tak yang negara kita ni aman dan damai. Ada keluarga kan? Bayangkan apabila keluarga yang masih mempunyai anak kecil menonton wayang bersama2. Kalau cerita kartun or kelakar tak mengapalah. Tapi cerita yang melibatkan adegan ranjang? Haishh malu pula aku nak cakap. Kenapa ? Nak tarikh ramai penonton guna taktik macam tu ka? Tak kisahlah kalau negara kita tak maju sekali pun. Tanpa 'adegan' tersebut pun negara boleh maju. Siapa sangka kan?

Hah, yang itu Filem, Habis kalau Drama pula mengapa saya ketengahkan? Dah tak ada idea lain kah nak keluarkan drama? Asyik adaptasi novel saja? Drama melayu yang diadaptasinovel mesti cerita pasal kahwin paksalah, kawin kontreklah, kawin sebab duitlah, benci-benci lama-lama suka, At last happy ending.. Amboi! Memang bosanlah cerita macam tuh. Tapi tak hairanlah drama Seti Hujung Nyawa pernah mencipta fenomena jugak? Fuh! Banyak lagi idea lain yang boleh kita garapkan. Kitakan ada pengarah yang berbakat? David Teo, Ahmad Idham, Syamsul Yusuf. Kan? Hah, Syamsul Yusuf tu baguslah jugak.. Filem Aksi dia pun memang menarik! Sampai pecah rekod! Tapi filem kita ditonton oleh segenap lapisan masyarakat! Budak kecil yang baru berumur 7 hingga 8 tahun pun pandai cakap 'Langsi'. Hahahaha pengaruh tv semua tu.

Apa-apa pun, ini hanya pendapat. Keluarkanlah cerita lain dari yang lain. Asyik lelaki kaya dengan perempuan miskin saja. Tak pun Lelaki miskin dengan perempuan kaya. Cuba jadikan contoh Drama Nur Kasih tu? Sangat balance jalan ceritanya! Idea Kabir Bakhtiar :) Semua suka cerita tu. Hampir lima kali cerita itu diulangkan di siaran televisyen. :) Tapi saya tak tengok. :P sebab bosan tengok lama-lama. :) Mungkin atas permintaan peminat :)

Tak kisahlah apa-apa pun. Ini pendapat saja! Terima Kasih ya?

**nak buat segmen nanti. Tunggu lepas saya kerja.. :)
**dapat surat tawaran sambung belajar lagi. :)



No comments:

Post a Comment

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..