Cara Mengambil Anak Angkat..

Lepas tengok adik Adaa panggil Adaa Mama .. Aku pun terasa macam nak baby pula.. Hurm! Selalu jaga and tengok baby orang.. Tapi syarat2 dia kene kawin dulu.. :( Tak naklah macam tuh.. hurm.. Nak tahu tak syarat2 dia apa?


SYARAT-SYARAT 
  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
  1. Berusia 25 hingga 60 Tahun
  1. Perkahwinan secara sah (5 tahun keatas) - bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat dibenarkan memohon
  1. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  1. Pemohon yang masih bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. (pemohon lelaki bujang hanya dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja)
  1. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga
  1. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal
  1. Bersih dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah
  1. Memiliki perwatakan dan akhlak yang mulia
  1. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat
  1. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 
  1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
  1. Surat sokongan/pengesahan dari pegawai perubatan mengenai kesihatan pemohon (suami/isteri)
  1. Salinan kad pengenalan (suami/isteri)
  1. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan
  1. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti slip gaji dll (yang boleh menyokong permohonan)

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN 
  1. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  1. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana pemohon bermaustautin atau tinggal
  1. Isi borang permohonan untuk mendapatkan anak pelihara (Borang Permohonan Anak Pelihara) yang boleh dimuat turun di laman web ini atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah bagi tujuan penyediaan laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak pelihara oleh PKMD.


PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMUDUGA

  1. Menilai latar belakang sosial pemohon
  1. Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara
  1. Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara
  1. Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.


PERMOHONAN YANG DITERIMA DIPERINGKAT IBU PEJABAT JKMM
  1. Borang permohonan akan diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
  1. Permohonan yang diluluskan akan dikeluarkan surat penerimaan pendaftaran yang akan berkuatkuasa selama setahun dari surat tersebut dikeluarkan. Borang permohonan akan dimasukkan kedalam fail dan maklumat pemohon akan dimasukkan kedalam Pengkalan Data.
  1. Permohonan yang tidak lulus akan dikeluarkan surat pemakluman permohonan tidak lulus.


ini gambar anak angkat Stacy.. :))


1 comment:

  1. salam kenal..
    MG bride to be...jemput ke blog MG ye,kot2 nk join GA dari MG..mana tau dpt rezeki terpijak...blh menang adiah emas & silver..
    http://cikgogreen.blogspot.com/2013/04/2nd-ga-mg-emas.html

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..