Buatlah Pilihan Yang Tepat..

Masa depan tu penting. Semua ada cita-citakan? Aku pun ada cita-cita.. Tapi kadang-kadang aku tak tahu nak pilih apa sebab banyak nau cita-cita aku. Tapi betul aku cakap! Cita-cita yang paling aku minat ialah seorang PEGUAM! Aku nak hapuskan semua kejahatan dan selamatkan yang teraniaya..  Aku nak tegakkan keadilan! Yeay! **bersemangat! 

Semalam kawan aku Farah Nabila ajak aku pergi sekolah sebab dia keliru sangat sama ada nak terima kemasukkan form 6 atau tidak.. Pergi sekolah buat apa? Jumpa cikgu kaunselinglah! Sepanjang cikgu Amy cakap aku rasa ada betulnya juga kata dia. Memanglah susah but itulah cabaran. STPM ni bagus tau kawan2. Ceh, nak promosi pulak! Hik hOk! Hahaha Ye betul.. Cikgu Amy saya cakap. Kalau ambil DIP, bila nak cari kerja nanti kita akan terikat pada satu bidang yang kita ambil saja. Tapi STPM bidangnya meluas! Sangat-sangat meluas! Memang luas yang teramat! Insya Allah.. Kalau sekolah yang korang dapat tu ada ASRAMA, ambil saja! Masuk asrama.. Belajar dengan kawan-kawan sebab pengaruh rakan ni lebih kuat tau! Lagi satu korang yang ambil STPM jangan risau sebab pelajaran korang masih under cikgu-cikgu juga. Cuma selebihnya kita usaha sendiri. Kalau kamu masuk asrama, masa yang selebihnya lebih bagus kamu gunakan untuk berjumpa dengan guru-guru. Kan lebih elok macam tuh?

Lagi pun sementara nak masuk atau terima UPU, korang boleh masuk dulu STPM. Nanti kalau dah dapat tawaran belajar dari UPU and bidang yang korang minat, korang boleh lah berhenti ambil form 6.. Ala stpm hanya ambil masa setahun lebih saja! Hah jadi kenelah kuat-kuat belajar dan ubah sikap! Okay? Deal ek?

Subjek yang wajib diambil ialah Pengajian Am (PA). Untuk masuk STPM ni , korang kene bersedia lebih awal. Kene BANYAK membaca. Itulah yang Cikgu Amy aku bagi tahu aku dengan kawan-kawan aku.. Subjek yang lain-lain korang boleh PILIH sendiri. Dan kalau korang rasa korang mampu dan mempunyai mental yang kuat, ambillah LIMA subjek.. :) Sebenarnya aku takut juga nak masuk.  Entahlaa..

Aku tak tahu sama ada sekolah yang aku dapat tu ada asrama ke tidak! Puas searching kat internet.. Tak jumpa pun ? Sedih.. ya! Sedih dan hampa sekali .. hahaha so, aku and kawan-kawan aku yang nak masuk form 6 terpaksa ambil keputusan untuk direct call saja kat sekolah yang kami dapat tu. Ya Allah sekiranya keputusan yang kami buat ini salah, tolonglah tunjukkan sesuatu.. Aku tak nak kita semua terlambat nanti.. :)

Aku ni tak adalah pandai mana pun.. SPM pun setakat yang boleh saja.. Mula-mula aku dapat, hati aku hancur luluh!! Tuhan saja yang tahu.. Memang kecewa lah!! Beribu Sesalan.. Lari dari apa yang aku target. Tak apalah rezeki aku bukan kat situ. Nak buat macam mana kan? Tawakkal sajalh labuu..! Huah3 Okay, buat keputusan dengan betul yep korang? Fikir baik-baik, bincang dengan family and rakan-rakan, buat solat istikharah.. And doa banyak-banyak k? Kalau itu pilihan yang terbaik, aku pun akan doakan yang terbaik untuk korang.. Kita sama-sama berusaha k?

**Aku tak tahu sama ada bila dah masuk asrama nanti dapat spent time dengan blog aku ke tidak nanti.. :''(
(sakit kepala time ni.. tapi tahan saja..)


4 comments:

  1. smoga berjaya d'masa depan :) buat plihan yg tepat..smoga ALLAH permudahkanNYA..

    ReplyDelete
  2. insya Allah .. amin.. thanks ya? ni pun pening fikir pasal SPA pulak.. hahaha

    ReplyDelete
  3. welcome..hu3 jgn pening2..rasa da cun ngn hidup amek je..takdir awk la 2 :)

    ReplyDelete
  4. insya Allah.. tuh la kawan2 saya ramai yang dapat stpm but tak masuk.. dalam 7 orang saja yang amek kowt.. tapi saya tak confirm lagi nk masuk stpm. sye kene fikir SPA jugk.. ada baiknya kan?

    ReplyDelete

➡Terima Kasih Kerana Membaca..
➡Kalau nak tinggalkan sebarang komen,
letak link blog sekali..
➡komen positif je tau..
➡keep blogging
➡Terima Kasih Blogwalking..
➡Datang lagi..