Pesan Rasulullah - Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini!! MESTI BACA ..

kalau korang tak rabun, baca betul2 ayat yang dia buat tuh.. zoom kan.. ingat!
Jangan hina or caci orang. Tak suka cakap dalam hati and kata Astaghfirullah saja..  



Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.


1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja. 



NOTA : Orang yang bersedekah.. Sedangkan dia tak sedar yang waktu tu dia sedang bersedekah maka BESAR GANJARANNYA.. :) Kalau orang yang buat2 tak sedar? Macam mana? Hahahaha tanyalah yang lebih pakar.. :)

Cerita Pendek Paling Kelakar!!


Warna Surat

Ani : Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau
Muda?
Ena : Surat warna Hijau Muda itu bererti Aku Cinta Padamu
Ani : Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?
Ena : itu melambangkan Suasana Pilu
Ani : Kalau kertasnya berwarna Merah?
Ena : Asmara Yang Membara
Ani : Kalau kertasnya warna Putih?
Ena: Suci, Bersih dan Jujur
Ani : Kalau kertasnya Kuning?
Ena: Melambangkan Hati Yang Gersang
Ani : Kalau Merah Jambu?
Ena: Sedang Jatuh Cinta
Ani : Kalau kelabu?
Ena : Melambangkan Hati Yang Sedang sedih
Ani : Kalau kertasnya Hitam?
Ena : Itu namanya kertas karbon.. bodoh

Wakakkakakaka................. :)




Cium 3 Tempat



Di sebuah taman, sepasang kekasih sedang berbisik-bisik:

 Lelaki: "Sayang, apa yang paling kamu dambakan?"


Teman wanitanya dengan malu-malu kucing berkata: "Perkara yang paling ku dambakan ialah, kamu mencium diri ku di 3 tempat."

Lelaki: "Ah, itu mudah, cuba kamu katakan di tiga tempat yang mana?"

Wanita: "Paris, London dan New York."



Suami Miskin

Seorang isteri marah pada suaminya untuk kesekian kalinya.

 Isteri: "Mengapa kamu tidak memberitahu saya terlebih dahulu yang kamu miskin hah!"
 Suami: "Saya sudah beritahu kamu, kamu hanya mengangguk dan tidak mahu memahami."  Isteri: "Apa yang kamu katakan?"Suami: "Saya beritahu kamu, cuma kamulah satu-satunya milikku di dunia ini..." Isteri: "#$*@#!?" 




Cara Mengambil Anak Angkat..

Lepas tengok adik Adaa panggil Adaa Mama .. Aku pun terasa macam nak baby pula.. Hurm! Selalu jaga and tengok baby orang.. Tapi syarat2 dia kene kawin dulu.. :( Tak naklah macam tuh.. hurm.. Nak tahu tak syarat2 dia apa?


SYARAT-SYARAT 
  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
  1. Berusia 25 hingga 60 Tahun
  1. Perkahwinan secara sah (5 tahun keatas) - bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat dibenarkan memohon
  1. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  1. Pemohon yang masih bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. (pemohon lelaki bujang hanya dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja)
  1. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga
  1. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal
  1. Bersih dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah
  1. Memiliki perwatakan dan akhlak yang mulia
  1. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat
  1. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 
  1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
  1. Surat sokongan/pengesahan dari pegawai perubatan mengenai kesihatan pemohon (suami/isteri)
  1. Salinan kad pengenalan (suami/isteri)
  1. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan
  1. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti slip gaji dll (yang boleh menyokong permohonan)

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN 
  1. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  1. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana pemohon bermaustautin atau tinggal
  1. Isi borang permohonan untuk mendapatkan anak pelihara (Borang Permohonan Anak Pelihara) yang boleh dimuat turun di laman web ini atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah bagi tujuan penyediaan laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak pelihara oleh PKMD.


PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMUDUGA

  1. Menilai latar belakang sosial pemohon
  1. Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara
  1. Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara
  1. Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.


PERMOHONAN YANG DITERIMA DIPERINGKAT IBU PEJABAT JKMM
  1. Borang permohonan akan diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
  1. Permohonan yang diluluskan akan dikeluarkan surat penerimaan pendaftaran yang akan berkuatkuasa selama setahun dari surat tersebut dikeluarkan. Borang permohonan akan dimasukkan kedalam fail dan maklumat pemohon akan dimasukkan kedalam Pengkalan Data.
  1. Permohonan yang tidak lulus akan dikeluarkan surat pemakluman permohonan tidak lulus.


ini gambar anak angkat Stacy.. :))


♥ 1st Double Giveaway by AinMfna ♥

maaflah akak saya belum buat BANNER lagi.. hehehe

Hah korang, aku tak ada kerja nak buat malam nih. Hehehe join segmen orang jek kejenya! Jom Join..
Hadiah yang sangat menarik.. Mula2 saya tengok ramainya sponsor hadiah untuk segmen tuh! Aku pun malas lah nak join.. Bila fikir2kan semula, aku pun bacalah balik hadiah apa yang menarik kan.. Dah gila bayang.. Hahahaha Jom lah join. Memang lah ramai sponsor. Semakin banyak hadiah, semakin ramai sponsor. Alaa banyak2 pun FREE kowt? Free tak nak? Manalah tahu rezeki kamu semua ka? Try sajalah. Cuba nasib la katakan. Kalau macam saya nih, entahlah! Hahaha jom lah join! Kalaulah tak dapat, nangis golek2 aku.. Dah lah hadiah2 semua AWESOME .. hehehehe Join tau, tak join cekik ko.. Hahahhaha gurau pula..

Aku tetiba teringat first2 berblog nih. Segmen tu apa? Amendenyer minatang tuh? Sekarang baru aku tahu.. Itulah aktiviti untuk para blogger. Sambil2 tu, dapat meningkatkan lagi bilangan followers. Aku tak buat segmen sebab tu followers aku cukup2 makan saja. Hahaha 

Kami Sekawan..

Assalammualaikum kawan2.. Terasa macam lama sangat saya tak update blog.. sedangkan baru dua hari. Hahaha sorrylah guys.. Tak ada apa nak dientry kan.. Ye dak? Buat entry ni untuk hilangkan rasa takut sebab nextweek.. Hari rabu daftar STPM.. Err takut3.. :( Okey2! Bukan nak cerita pasal tu! :(

Hari ni saya nak membebel dok cakap pasal kawan happy go lucky saya nih.. Susah senang memang kami bersama.. Dulu saya ada kenalkan Adaa.. Nama penuh dia Farah Shuhada Binti Abu Hassan.. Facebook dia Adaa Arecan . Okey saya tunjukkan dia ya?


Saya kenal dia sejak sekolah rendah lagi.. Start darjah satu ke darjah dua entah! Saya pun tak ingat. Tapi percaya tak kalau saya cakap yang saya dengan dia always sama kelas hingga Tingkatan Tiga? Hahaha Itulah hakikatnya.. Hanya orang yang rapat dengan dia saja akan panggil nama manja dia.. Iaitu Adaa! Ada-ada sajalah! Mwawawa.. Hari tu jalan2 dengan dia. Naik bas.. Hahahaha punyalah lama and penat menunggu sampai berjanggut saya tau.. Ceh, tipu sajalah! Kena! Kebetulan waktu tu saya tak banyak duit. Dia belanja saya Mcd, tudung bawal warna kelabu and coklat cadbury! :) Thanks Adaa..

      





Tadi dia baru contact saya. Dia ajak temankan dia pergi Mersing, Johor temankan dia dengan nenek dia. Dia tak ada geng! Saya tak pasti sama ada boleh atau tidak sebab belum confirm kan lagi. Kena tanya my mom dulu.. :) Ye dak??




Kawan aku yang kedua ni pulak twin saya.. Ala kalau korang ada baca post2 saya yang dah lepas2 tuh, saya ada cerita pasal dia.. Hah nama dia Nurul Najihah Binti Md Azwan.. Facebook dia Ghah Jya. Sama tau dengan nama saya.. **buatmukacomel Cuma ejaan dan bapa saja lain! Hahahaha Dia ni kira sama saja dengan saya. Gila-gila! Kalau si Adaa ada sekali, nak bergegar bumbung! Hahahaaha

tiba-tiba teringat kenangan kami bertiga semasa di Hotel Naza Talyya.. Memang pecah perutla.. Saya rasa bilik sebelah pun dengar ketawa kami bertiga malam tuh! Amboi! Kami happy waktu tu bukan kepalang! Tambah2 pula waktu tu Bulan Ramadhan. :)

Tak dapat dinafikan yang kami bertiga pernah bergaduh.. Baik lepas tu bergaduh. Baik balik lepas tu bergaduh lagi.. Kalau ada asam garam dalam berumah tangga, mestilah ada asam garam dalam berkawan juga kan? Ye dak?

It's okayla guys.. Setiap manusia kan ada kelebihan dan kekurangan. Biasalah tuh. Dah macam adat dah kan..? :') Baik Adaa and Jia Kembau aku tuh, dua2 pernah berkorban untuk saya.. Rahsia mereka berdua pun ada dengan erat dalam tangan saya. Kalau ada cerita lucu, sedih, or anything kan, mesti mereka bagi tahu saya.. :) Merekalah kawan yang rapat dengan saya sejak dari kecil lagi.. Err dah macam my siblings dah! Wah awesome! Jangan lupa add mereka di Facebook ya?

**segala kesulitan amat dikesali.. Maaf mana2 pihak yang terasa hati..


Hah Nak tengok Tak wajah aku untuk 2013 nih ?? Tadaaa budak syok sendiri .. Katanyaaa! Tak lawa pun.. Budak biasa and simple saja..




Teknik Senaman Mata..

Tips ni sesuai untuk student dan pekerja yang suka tidur lewat malam yang melakukan ulangkaji or anything la.. Badan tak letih tapi mata pula yang letih kan? Aik? Pelik pula.. Nak kata ngantuk tak pula tapi letih saja yang lebih.. Kadang-kadang mata kita juga terlalu letih bila menghadap laptop berjam2! Terutama kamu yang edit blog yang tak berganjak! Hei korang, mata pun letih juga tau!
Hah saya ada tips yang telah saya jumpa kat laman sesawang. Saja nak share dengan korang yang selalu tidur lewat.. Hehehehe try ni okay?

Teknik Senaman untuk Penjagaan Mata

1.    Tahan dan pusatkan pandangan mata pada objek kecil seperti pen. Letakkan pen pada jarak sekitar 15 cm dari mata. Kemudian alihkan pandangan ke tempat lain dan lihat objek lain yang letaknya jauh dari anda. Ulangi gerakan ini selama 1 minit.

2.    Letakkan pen pada lengan dan pusatkan pandangan pada pen tersebut. Dengan perlahan gerakkan lengan serta pen tersebut mendekati hidung, kemudian jauhkan balik. Ulangi beberapa kali.


3.    Putar kedua-dua mata perlahan-lahan ke satu arah, berganti-ganti ke arah lain. Ulangi sebanyak 10 kali.  
Tips tambahan untuk penjagaan mata: Jangan lupa untuk berehat seketika semasa membaca dan elakkan menghadap komputer terus menerus tanpa henti. 


Cara Diet Yang Betul! Jom Cuba!

Diet tu sangat penting. Terutama perempuan yang sangat mementingkan kecantikkan dan bentuk badan yang ideal! Wau siapa tak nak cantik kan? Habis tu nak hodoh? kotor? atau tak kemas? Nak kena kutuk ker? Hahaha sorry .. Hanya cakap yang benar saja.. Kalau bersenam tiap2 petang tapi tak jaga pemakanan pun tak guna juga kan? Dua-dua penting sebenarnya tau! Sangat. Saya nak kongsi dengan kamu semua tentang Cara Diet Yang Betul dengan mengikut masa..


Pilihan sarapan pagi 


**pilih salah satu sahaja.

  • semangkuk oat dan nescafe 
  • sekeping capathi dan kuah dal dan secawan teh o
  • 2 keping roti mil penuh , 4 sudu tuna dangan timun dan salad      serta air soya.
  • Semangkuk bijirin fiber dan secawan teh o
  • sekeping tosai dan nescafe
  • 2 ketul popia basah dan segelas teh o
  • 2 biji karipap kentang dan secawan nescafe 0
  • 2 keping roti bakar serta jam dan segelas susu.
  • 2 biji telur setengah masak dan secawan kopi.




Pilihan Makanan tengahari.


**kalau boleh padankan dengan air suam dan minum segelas air sebelum makan .




  • 1/2 senduk nasi dan 1/2 senduk kacang buncis goreng dan seketul ikan tongkol masak kuah.
  • 1/2 senduk nasi dan 1/2 ikan kembung bakar dan ulaman dan setengah sudu sambal belacan.
  • satu senduk mee hoon goreng
  • 1 mangkuk kecil bubur ayam/ikan dan 1/4 telur masin
  • kweyteow sup
  • 1/2 cawan makaroni goreng
  • 1/2 senduk nasi dan 1/2 ekor ikan masak halia (kukus) dan 1/2 senduk sayur campur.
  • 1/2 senduk nasi dan seketul ayam dada masak sup dan beberpa ketul kentang.

  • 1/2 senduk nasi dan ayam dada masak paprik.
  • 1/2 senduk nasi ayam dan ayam dada steam buang kulit.dan potongan timun,
  • 1/2 senduk nasi ,ikan masak tiga rasa (makan isinya)dan 1/2 senduk sup sawi.
  • 1/2 senduk nasi satu mangkuk besar kerang rebus dan cili sos.
  • 1/2 senduk nasi,tauhu goreng dan satu senduk sayur campur.
  • 1 mangkuk wantan mee.
  • 1/2 mangkuk pasta 
  • 1/2 senduk nasi putih, dan seekor ikan kembung masak pindang dan 1/2 senduk sayur kubis
  • 1/2 nasi goreng kampung dan lai chee kang
  • 1/2 nasi putih ,sambal tempe ikan bilis dan sup bayam.

Okay ini tips Islam pula. Kalau nak makan malam, makanlah dalam jam 5 petang. Lepas tu malam jangan makan. Kalau lapar sangat makanlah biskut yang rendah lemak tapi kaya dengan vitamin dan nutrient. Atau pun dessert. Paling bagus ialah minum saja air kosong dalam dua gelas untuk hilangkan rasa lapar. :)


Pilihan desert/atau makanan ganti makan malam/minum petang pun boleh.



  • 2 ketul popia basah dan jus tembikai.
  • 1 mangkuk rojak buah
  • sanwich sardin dan segelas susu rendah lemak.
  • beberapa potong buah naga.( sangat baik diamalkan as snack , masa nonton tv)
  • 5 keping biskut dan secawan milo panas.
  • 2 keping vadai dan segelas lassi sejuk 
  • 1 mangkuk salad buah.
  • kunyah-kunyah sebiji carrot
  • semangkuk tau fu fah
  • satu biji jagung rebus.
  • segelas jus tomato.
  • seketul tahu sumbat dan segelas soya.
  • 1 ketul pau kukus dan susu rendah lemak
  • 1 cawan yogurt asli ( baik diamalkan setiap malam sebagai penganti dinner)
  • 1 keping sandwich keju
  • seketul puding roti dan teh o
  • 4 ketul cekodok he,he dan nescafe o ( peberet nih)






Kelebihan Dan Kelemahan Domain..

Hai kawan2! Hah sebenarnya aku dah lama cari info padal domain nih. Apa kelebihan ada domain sendiri ni? Untuk apa sebenarnya? Tengah seacrhing2, al last jumpa jugak info pasal Domain ni dari BudakBotak..


Ok jom kita lihat kelebihan ada domain sendiri...


1) Nama yg lebih mudah diingati
Nama domain sendiri lebih ringkas dan mudah diingati pelawat2. Contohnya adalah nama Bdk Botak sendiri macam kat bawah nie.
dulu -> budakbotak11.blogspot.comskarang -> budakbotak.com


2) Lebih mesra SEO
SEO tu adalah search engine optimization. Jika korang pakai domain sendiri, pihak Google, Yahoo, MSN dikatakan lebih mudah untuk mencari blog korang. Jadi dapat tarik lagi banyak trafik ke blog yg mempunyai domain sendiri.

Cuba korang cari sesuatu kat Google, tgk URL yg dok kat page depan tu slalunya adalah .com / .com.my dan sebagainya.


3) Domain berbayar menunjukkan kita serius dalam dunia blog
Menggunakan domain berbayar menunjukkan kita betul2 serius dalam dunia blogging nie. Pihak pengiklanan pon lebih berminat utk meletakkan iklan2 diorang. kalo korang buat ruangan iklan utk disewa pon msti laku, he3.


4) Pelaburan masa depan
Kalo korang rasa dh xnk berblogging lagi, korang boleh jual nama domain tu kepada orang ramai yg berminat dengan harga tinggi. Sebab tu pastikan nama domain korang unik dan juga popular, lagi tinggi tahap kepopularan nama tu, lagi tinggi harga pasaran dia.
**sebab tu  nama domain facebook.com pon dh cecah juta2...


HAH NANTI DULU kawan2!! Jangan senyum dulu! :/ jangan ingat ada kelebihan saja, kelemahan pun ada juga., Ala Domain ni pun macam MANUSIA juga!

1) Tidak lagi PERCUMA
Kalo korang guna blogspot mmg x kena bayar apa2, tapi bila korang guna domain sendiri korang kena la kluarkan duit sikit. Mcm blog nie kena bayar Rm31/tahun utk sewa domain. Tapi Bdk Botak x la rasa sgt sb boleh bayar dgn duit iklan2 Nuffnang ja.

2) Kena merangkak balik
Rating Pagerank dan Alexa mmg akan mula dr awal balik sb korang bertukar nama domain. Maknanya korang kena mula dr awal balik utk mempopularkan blog korang.


Saya pun teringin nak ada domain sendiri.. Tapi dia punya step dia macam leceh and lambat lah. Kan senang free saja semua? Hahahaha! Almaklumlah, dunia dah maju.. ? Ye dak??



Buatlah Pilihan Yang Tepat..

Masa depan tu penting. Semua ada cita-citakan? Aku pun ada cita-cita.. Tapi kadang-kadang aku tak tahu nak pilih apa sebab banyak nau cita-cita aku. Tapi betul aku cakap! Cita-cita yang paling aku minat ialah seorang PEGUAM! Aku nak hapuskan semua kejahatan dan selamatkan yang teraniaya..  Aku nak tegakkan keadilan! Yeay! **bersemangat! 

Semalam kawan aku Farah Nabila ajak aku pergi sekolah sebab dia keliru sangat sama ada nak terima kemasukkan form 6 atau tidak.. Pergi sekolah buat apa? Jumpa cikgu kaunselinglah! Sepanjang cikgu Amy cakap aku rasa ada betulnya juga kata dia. Memanglah susah but itulah cabaran. STPM ni bagus tau kawan2. Ceh, nak promosi pulak! Hik hOk! Hahaha Ye betul.. Cikgu Amy saya cakap. Kalau ambil DIP, bila nak cari kerja nanti kita akan terikat pada satu bidang yang kita ambil saja. Tapi STPM bidangnya meluas! Sangat-sangat meluas! Memang luas yang teramat! Insya Allah.. Kalau sekolah yang korang dapat tu ada ASRAMA, ambil saja! Masuk asrama.. Belajar dengan kawan-kawan sebab pengaruh rakan ni lebih kuat tau! Lagi satu korang yang ambil STPM jangan risau sebab pelajaran korang masih under cikgu-cikgu juga. Cuma selebihnya kita usaha sendiri. Kalau kamu masuk asrama, masa yang selebihnya lebih bagus kamu gunakan untuk berjumpa dengan guru-guru. Kan lebih elok macam tuh?

Lagi pun sementara nak masuk atau terima UPU, korang boleh masuk dulu STPM. Nanti kalau dah dapat tawaran belajar dari UPU and bidang yang korang minat, korang boleh lah berhenti ambil form 6.. Ala stpm hanya ambil masa setahun lebih saja! Hah jadi kenelah kuat-kuat belajar dan ubah sikap! Okay? Deal ek?

Subjek yang wajib diambil ialah Pengajian Am (PA). Untuk masuk STPM ni , korang kene bersedia lebih awal. Kene BANYAK membaca. Itulah yang Cikgu Amy aku bagi tahu aku dengan kawan-kawan aku.. Subjek yang lain-lain korang boleh PILIH sendiri. Dan kalau korang rasa korang mampu dan mempunyai mental yang kuat, ambillah LIMA subjek.. :) Sebenarnya aku takut juga nak masuk.  Entahlaa..

Aku tak tahu sama ada sekolah yang aku dapat tu ada asrama ke tidak! Puas searching kat internet.. Tak jumpa pun ? Sedih.. ya! Sedih dan hampa sekali .. hahaha so, aku and kawan-kawan aku yang nak masuk form 6 terpaksa ambil keputusan untuk direct call saja kat sekolah yang kami dapat tu. Ya Allah sekiranya keputusan yang kami buat ini salah, tolonglah tunjukkan sesuatu.. Aku tak nak kita semua terlambat nanti.. :)

Aku ni tak adalah pandai mana pun.. SPM pun setakat yang boleh saja.. Mula-mula aku dapat, hati aku hancur luluh!! Tuhan saja yang tahu.. Memang kecewa lah!! Beribu Sesalan.. Lari dari apa yang aku target. Tak apalah rezeki aku bukan kat situ. Nak buat macam mana kan? Tawakkal sajalh labuu..! Huah3 Okay, buat keputusan dengan betul yep korang? Fikir baik-baik, bincang dengan family and rakan-rakan, buat solat istikharah.. And doa banyak-banyak k? Kalau itu pilihan yang terbaik, aku pun akan doakan yang terbaik untuk korang.. Kita sama-sama berusaha k?

**Aku tak tahu sama ada bila dah masuk asrama nanti dapat spent time dengan blog aku ke tidak nanti.. :''(
(sakit kepala time ni.. tapi tahan saja..)


Kata-kata Untuk Seorang Sahabat..


" Ambilah Masa UnTuk Memahami HaTi Dan Perasaan Kawan,
Kerana Dia Juga,Seorang Manusia; Dia Juga Ada Rasa TakuT,
Ada Rasa Bimbang,Sedih Dan Kecewa,Dia Juga Ada Kelemahan Dan

Dia Juga Perlukan Kawaan Sebagai KekuaTan.
KiTa SeLalu MelihaT,Dia KeTawa,TeTapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak SeTabah Yang KiTa Sangka
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,
cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya
dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan
walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."
"Tanda-tanda sahabat yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain."
"Semulia-mulia sahabat ialah sahabat yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka"

"Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,
cukup cubaan untuk membuat kamu kuat,
cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya,
dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."
Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak,
tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya."
"Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama.Keikhlasan seorang sahabat itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."
"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang."

"Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe"
"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu."

"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi."
"Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia."

Tentang Waktu
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"

"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya."

"Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya"
"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."
"Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan"

"Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar dari sahabatmu tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya."
"Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya.
Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh."
"Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa"

"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."
"Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain.
Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya"

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"
"Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.Seburuk-buruk buta adalah buta hati"

"Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."
"Persahabatan memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya."
"Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam."
"Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan."

"Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik,
kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"
"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,itu adalah mulia dan terpuji."
"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah,
dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya,
ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."
"Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya"

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya,
kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan
mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki,
jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.
"Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa,
seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
Orang datang dan pergi tetapi sahabat sejati akan selalu diingat di hati
Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinya."


"BiLa CiNtA KeRaNa ALLAH..BeRpIsAhNyA TiDaK GeLiSaH..BiLa RiNdU PaDa YaNg SaTu..BeRtEmUnYa PaStI TaK JeMu..UkHwAh ItU InDaH...BiLa KaSiH SaYaNg KeRaNa ALLAH.."

"KETIKA KAWAN ADA DI SISI,JARANG KITA HARGAI.BILA KAWAN TIADA LAGI DI SISI,BARU NAK MERAUNG SETENGAH MATI.LUMRAH KEHIDUPAN MANUSIA DI DUNIA INI........"

"Persaudaraan itu ialah mutiara yang halus,jikalau tidak engkau menjaganya,nescaya akan mendatangkan bahaya..Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata benar denganmu dan bukanlah orang yang dapat membenarkan kata-katamu...(Luqmanul Hakim) "

"fReN... iz A tisSue wHen yOu cAn't sTop cRying fReN...

iz A shOuldEr whEn yoU feEl likZ dYing fReN...

iz alWays liSteNs wHen yOu hAve soMethiNg tO sAy fReN...
iz A weEk whEn yoU neEd a dAe fReN...
iz a cRutCh wHen yOu haVe A brOkenHeart fReN...
iz sOme glUe whEn evErythiNg faLl aParT fReN...
iz A sUn wHen thE rAin jUst wOn'T sTop fReN...
iz yOur mOm whEn yoU ruN inTo A coP fReN...
iz A pHone caLl wHen yOu cAn'T lEave yoUr hOme fReN...
iz A haNd whEn yoU feEl aLl aLonE fReN...
iz a WinG iF yOu wAnt tO fLy fReN...
iz uNdeRstaNd wiThoUt kNowinG wHy fReN...
iz An eaR fOr a sEcreT tO teLl fReN...
iz aN aSpiriN wHen yoUr hEad huRts liKe heLl fReN...
iz a lOve tHat cAn nEver leT gO fReN...
iz yOu N i wAnteD yoU tO kNow

*Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
*Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.
*Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,
kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
*Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat,
dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
*Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadai teman,
maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu
dan rahsiamu.
 Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,
maka ambillah dia menjadai sahabat.
*Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
*Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
*Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu,
dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
*Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,
kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
*Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
*Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
*Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
*Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.
Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
*Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat. *
Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
*Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
*Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
*Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,
hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
*Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
*Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.
Kerana teman saling mencontohi.
Hidup tidak akan ceria sekiranya kita keseorangan.
Berbekalkan fitrah semulajadi yang telah Allah tentukan,
kita rasa bahagia bila dapat berkawan.
Bersama kawanlah kita mengenal erti kasih dan sayang sesama insan,
menyulam ilmu dan pengalaman dalam kehidupan.
Alangkah bertuahnya badan jika kita mendapat sahabat yang sejati,yang memahami diri kita,
selalu menasihatkan bila terlupa,sentiasa membantu dan mengutamakan perasaan kita,
susah dan senang bersama............untuk renungan bersama....
tidak orang berdosa yang tidak ada masa depan dan tidak ada orang yang sempurna yang tidak ada masa silam

Friends AreFriends are forgiving,
caring and cool,
Friends do support you in all that you do,
Friends make you feel good, they make you feel great,
Friend's don't pretend that it's you that they hate,
Whatever you say, whatever you do,
Just you remember your best friend is you!!!
Teman sejati adalah teman yang tidak melihatmu dengan matanya
tapi dengan hatinya sahabat ku...andai kau bisa tahu tentang aku...
akulah yg terlalu amat menghargaimu...lebih dari dia kekasihmu....

sahabat..hadir utk berkongsi tawa..
dan menyapu tiap juraian air matamu ketika kau tgh bersedih...
sahabat juga yang bisa mendengar hatimu tika kau menagis dan
pergi tika kau bergembira bersama teman lain...
kerana tali persahabatan itu lebih kukuh dari hubungan cinta yg tak pasti...
jika cintamu pergi...carilah sahabat sebagai peneman kesedihan cintamu...
sahabat itu akn sentiasa buat kau tersenyum dan gembira...percayalah..teman...

kawan dan cinta berjalan seiring...tiba2 cinta jatuh dalam perigi..kenapa..??kerana cinta itu buta...
tiba kawan pun terjun juga dalam perigi...kenapa..??kerana kawan sanggup buat apa saja demi cinta....

aku juga mengharap agar kau sentiasa bajai persahabatan ini ingatan di hati
walau aku pernah melukai hatimu... andai terlukanya seorang sahabat itu,...
dia bisa memaafkan...kerana tanpa sahabat itu...ia akan kehilangan keupayaan diri,..
tiada cermin peribadi utk dijadikan petunjuk kelemahan diri...

Persahabatan itu umpama aliran air sungai yang mengalir seiringan sama sama menuruni lembah dalam sama sama mudik ke kuala,
sama sama menyambut aur dan sama sama kekeringan kala kemarau tiba...
.sama sama menyuburkan bumi meresap ke bumi dan mengalir semula tanpa jemu.....
bergitu utuhnya nilai sebuah persahabatan yang terjalin

SAHABAt yang baik akan sentiasa berada di sisi pada saat kita memerlukannya.
Setiap insan memerlukan seorang teman,
hidup secara berkelompok atau memerlukan pasangan hidup untuk berkongsi kegembiraan mahupun kedukaan. Sebuah persahabatan yang bahagia memerlukan jalinan perasaan yang luhur, tulus dan sejati.
Sikap egois sememangnya tidak perlu wujud dalam konteks persahabatan kerana
ia akan menghancurkan persahabatan itu sendiri.
Sebaliknya, ia diganti dengan sikap saling memahami dan percaya-mempercayai antara satu sama lain. Persahabatan yang terjalin dengan tulus dan ikhlas ternyata menjadi kunci terbaik dalam mengekalkan sesebuah ikatan persahabatan.
JIKA ANDA BERSAHABAT,BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA, BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.

a frenz is one of nicest thingyou can have and the best thing u can be..
a frenz is a treasure..and if you have one..
you have the most valuable gift...
a frenz is someonewho's alway therea frenz is a feeling of forever in your hearta frenz is someone like you....

Walau Di Mana Anda Berada..
IngatLaH selalu Bahawa Di Satu Sudut Dunia Ini
AdaNya Seorang Insan Yang Sentiasa Gembira Jika Kawan-KawanNYa Gembira.
Dan Insan Yang Sentiasa Menangis Tika KawanNya Berduka. Percayalah...

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)

Kawan ada dimana-mana,tak cari tp dia datang juga,
kerna ia tak kenal siapa,mana dan dia sapu ja.
Tp kawan tak sama ngan kekasih,hati pedih kekasih menyisih,kawan dtg memberi kasih.
Kawan lama ditagih,kawan baru dinanti,tp takkan sama kawan lama sebab dia dah lama kenal kita.

SAHABAT UMPAMA BELON,
BILA DI LEPASKAN IA PERGI,TK MUNGKIN DPT MEMBAWANYA KEMBALI.
DARI ITU IKAT KUAT TALI PERSAHABATAN DLM HATI SANUBARI DGN KEIKHLAS
DDLM PSHBTAN HRUS ADA BTOLAKANSUR,MENGALAH TDAK BERTI KALAH,
HINDARKAN SIFAT KEGOAAN DARI HLANG SATU PSHBTAN YG SMEMANGNYA SUKAR DIDATANGI

SAHABAT ADALAH SESEORANG YANG DAPAT MENERIMA KEBURUKAN KITA TANPA MENJAJANYA PADA ORANG LAIN. SAHABAT SEJATI IALAH SAHABAT YANG BERANI MENEGUR KESILAPAN KITA DAN
MEMBANTU KITA MEMPERBAIKI DIRI.
MENYEDARI AKAN KEPINCANGAN DIRI KITA DIA AKAN MENJADI TONGKAT UNTUK MEMBANTU KITA BERDIRI.

Kadangkala sahabat setia anda boleh menjadi musuh pertama didiri sendiri,manakala org tak dikenali akan menjadi teman sejati dimasa yg singkat.
Tanpa jembatan takkan sampai ke seberang.
Tanpa dorongan cita2 kita tak sampai keMana,
itu la perlunya keluarga atau sahabat Sahabat yg baik akan mengerti kata sahabat...
Ia nya tak akan mengecewakan dlm jalinan persahabatan
Persahabatan sering di akhiri dengan percintaan,
namun percintaan jarang sekali di akhiri dengan persahabatan
Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.
Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”.

BAHWA YG JADI PEDOMAN ATAU PANDUAN MENCARI SAHABAT SETIA ADA DUA PERKARA.PERTAMA PERSAMAAN CITA CITA DAN YG KEDUA DI TIMBANG DGN AKAL DAN BUDI

Jgn mengkritik, salahkn & marah sahabat anda.
Jadilah org yg berfikiran positif & pragmatik krena ia mampu merobah sgala yg negatif &
problematikKeegoaan yg amat tinggi boleh mengakibatkan kehilangan
Sahabat dan saudara
Apabila anda ketemu dng saorang insan yg bersikap ikhsan,
sambutlah dia dng mesra dan jadikan dia sahabat mu sahabat adalah sahabat...
satu dalam sejuta..sayangi la sahabat sebelum dia pergi...................

Sahabatku...Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkan aku dengan amaran Allah swt...Jika Aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah akudengan tarbiyah pencipta...
Jika aku lemah tak berdaya,Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga...
Jika antara kita ada tembok pemisah,Ajaklah aku meleraikannya segera....
Dan... Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku.....
Luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku..Ukhuwah kita untuk SELAMANYEE....

Mengapa harus ditangiskan sebuah perpisahan tangisilah jalur pertemuan yg diwarnakn kerana tersirat pdnya kematian ikatan persahabatan.... ?