Tukar Site Baru Dah!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalammualaikum, salam sejahtera ke atas kamu semua. Nak taip pun berdebar-debar pulak ni. Dah kenapa najiha oii... Ada benda nak bagi tahu, pada saya, berita baik.. Tapi tak tahu lah kalau pada kamu yang tengah baca tu, berita buruk. Meh sini hakak nak habak maii..

Kemungkinan saya dah tak update blog lagi di site nunapringiacyunq.blogspot.com lagi, sebab saya dengan rasminya telah bertukar, ke site yang baru, alamat yang baru, cara penulisan yang baru, mengikut kesesuaian umur saya sendiri, dengan menggunakan nurrulnajiha.wordpress.com
Kawan saya yang memperkenalkan wordpress ni, sangat mudah, simple, not complicated, theme dah siap (tak perlu dok download theme untuk blog lagi), macam diari harian kita and etc. 

Before this, saya pernah sign up wordpress and saya memang ‘zero’, tak faham langsung dengan wordpress ni (straight to the point. Kemudian, baru-baru ni, saya sign up semula, guna email saya yang kedua, dengan menggunakan nama sebenar saya, dah tak dah, nuna pringia lagi.. Semuanya Nurrul Najiha. Kalau boleh, nak semua orang kenal saya sebagai Nurrul Najiha. Dulu,budak-budakkan, tak matang, pakai bantai je alamat blog.. Hah bila nak tukar alamat blog, kan dah payah!

Sebenarnya bukan tu je. Saya buat site baru pun, untuk diri saya sendiri jugak, saya nak lebih ketengahkan dengan gaya saya yang tersendiri, saya nak tinggalkan dunia ‘kanak-kanak’ saya, saya nak yang lebih kepada kematangan dalam penulisan. Kawan kata followers dah ramai, sayangnya. Bila ada site baru, mula-mula tak fikir pun pasal followers.. So, hari tu baru teringat. Memang sedihlah nak tinggalkan.


So, saya tak tahu nak buat apa dengan site ni.. Fikir juga macam nak jual site ni, tapi susah sebab username and password adalah gmail yang punya, nanti kalau ada orang email, payah.. Acane ye? Ke tak payah padam? Habis tu, macam mana nak handle dengan madu-madu saya ni awa...? L Mwaaaaaaa!

Syurga bukan murah..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

raya ketiga.. heeeee gelak besar time ni..


Assalammualaikum wbt. 9 Julai 2016 bersamaan dengan 4 Syawal 1437 Hijrah. Hari Raya keempat. Raya sebenarnya sehari je, yang selebihnya tu, kita yang raya sendiri.. Hiks! Memang betul-betul sambut hari kemenangan! Saya tahu, masih ada yang masih jalan raya. Seminggu, dua minggu, jalan raya lagi. Mak aihh.. Larat ek korang? Saya ni sehari empat lima orang, “buuu jom balik, penat.. nak tido..” sedangkan yang drive tu bukan saya, saya duduk belakang, selfie, main telefon je. Tang mana yang penat tu, tak tahu lah! Hahaha mungkin keletihan berpunca daripada apa yang kita makan.

sehari sebelum raya, pulun habis-habis pakai inai.
kakak yang pakaikan,. simple je kan..
nanti kahwin, pakai cam gini je.
senang! hikss


Nak dengar cerita tak, kisah ni kisah benar yang berlaku pada kawan saya sendiri. Badan dia gempal-gempal, pendek tak lah pendek sangat. Bolehlah. Kawan-kawan saya dikejutkan dengan berita yang dia dah berniqab! (masa zaman muda asyik gossip je.) For me, hah bagus lah tu dah berniqab, dah bertaubat sebab sebelum ni, tudung pendek ya amat, baju kemain ketat. Biasalah badan gempal, lepas tu pakai ketat-ketat kan, so, nampaklah lemak sana sini. Malulah juga. So, bila dengar berita dia dah berubah tu, kawan mana yang tak happy kan.

Dalam sebulan dua bulan, macam tu lah kan, dapat tahu yang dia ‘back to normal’ semula. Hah pakai macam sebelum-sebelum ni. Dengar kawan cakap and diam je lah. Sebab kawan-kawan cakap, nampak gambar kat facebook. So, saya pun log in lah facebook buka profile dia, gambar berniqab tu memang tak ada langsung, yang ada Cuma, komen-komen nista daripada geng berniqab “kau ni buat malu golongan berniqab je la...” and bla bla bla.. itu je la komen yang saya ingat. Dan apa yang saya diberitahu, dia dihina oleh mereka-mereka semua. Tak tahulah siapa mereka-mereka semua tu..  and until now, dia jadi diri dia yang sendiri..

Talking about ISTIQOMAH! Istiqomah tu apa? Apa maksud dia?

Secara dasarnya Istiqamah bermaksud; berdiri teguh di atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah dan pegangan, amalan, pandangan hidup, perjuangan dan sebagainya iaitu tidak akan berganjak sedikitpun dari jalan tersebut walaupun terdapat pelbagai godaan dan rintangan. Diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan; ‘Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau’. Jawab Rasulullah s.a.w.; ‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah’. (Hadis riwayat Imam Ahmad, an-Nasai, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Nak berhijrah lillahitaala ambil masa, nak berhijrah biar kerana Allah taala, bukan ikut kawan. Mungkin benar, ikut kawan mampu membuatkan kita jadi lebih baik. Boleh kamu jamin kemampuan dan takat mana yang penghijarahan yang kamu lakukan? Hah faham kan. Sebab ramai dah yang saya tengok, berhijrah, tapi futur. Puncanya iman lemah. Maka, ‘back to normal’ lah semula. Bukan senang nak istiqomah tau. Bukan senang nak kekal dan tingkatkan iman tu. Bukan senang! Bila kita jumpa manusia yang alami keadaan sebegini, jangan ketepikan, jangan ketawakan, jangan hinakan. Kita patut sedar, daripada mana asalnya diri kita! So, tak perlu nak hina, pandang rendah pada orang sebegini, sebab saya tahu nak istiqomah tu bukan mudah! Mungkin ambil masa, sehari dua hari, seminggu, sebulan, dan semua tu bergantung kepada kemampuan diri kita sendiri.

Macam mana nak istiqomah? Mengaji! Jadikan al-Quran sahabat kita waktu kita senang dan susah! Sedih je, mengaji, senang je, mengaji. Tak kisahlah walau macam mana pun keadaan kita sekali pun, kena mengaji. Nak tahu sebab tu? Al-Quran itu kalam Allah! Macam mana nak tenang dan bahagia kalau tak mengaji? Macam mana Allah nak sayang kalau tak mengaji? Ada je perempuan bertudung labuh, tapi tak mengaji. Ada je perempuan bertudung labuh tapi tak solat. Ada je perempuan bertudung labuh, tapi berpura-pura beriman. Ada je. Maka, jangan hina orang yang macam ni. Jangan.

Hidayah Allah itu, bukan setiap hari Allah bagi. Hari ni, kita dapat hidayah, esok kita dapat hidayah, lusa tulat langkat pun dapat hidayah! Wah kalau macam tu, masyukk lah tak buat dosa ye dak? Tak rasa dan tak alami apa itu futur, ye dak? Nampak tak betapa cantiknya perancangan Allah ni. Cantikkan. Kena setiap hari berdoa, minta Allah terima taubat dan ibadah kita, kena sedar bahawa kita ini hamba yang hina, yang tak lari daripada membuat dosa, kena sedar diri! Nak berubah, nak berhijrah bukannya senang. Itu memang fakta! Sebab saya dah laluinya sendiri, memang susah. Tapi percayalah pada Allah. Kalau kita ada niat nak berubah, in shaa Allah, Allah akan bantu. Sebab niat kita baik, maka tidak akan disia-siakannya.. Tidak sama sekali. Tapi dengan satu syarat! Kita pun kena bantu diri kita sendiri!

Okeylah, saya bagi tips masa saya mula-mula nak jinakkan diri dalam melonggarkan apa-apa yang patut. Masa mula-mula nak berubah tu, saya memang susah nak solat 5 waktu! Payah liat sebab setiap hari buat maksiat! Setiap hari langgar perintah Allah. (tak perlu tahu apa yang saya buat) Niat ada nak berubah tapi buat dosa lagi. Ada satu hari tu, Allah jentik sikit hati saya untuk berubah. Saya berada di surau seorang diri, sampai isya’ masa di asrama, menangis bagai nak rak, merayu-rayu pada Allah, rasa takut macam surau tu nak runtuh! Taubat pada Allah. Esoknya buat dosa lagi. Kemudian menangis lagi, dan buat dosa lagi.. Allah bagi saya hidayah lagi, dan saya buat dosa lagi.. lagi dan lagi.. Daripada segi pakaian tudung biasa je, tak pendek, tak lah labuh macam ustazah. Dah mula pakai skirt and seluar longgar, blouse and etc la. Nak berubah, perlahan-lahan. Masa tu, tak ada siapa pun bantu, diri sendiri je yang bantu. Sampailah satu masa tu, awal hijrah, 28 Muharam, awal bulan sebelas, tahun 2015, Allah berikan saya hidayah yang sangat manis, sangat bererti buat saya. Saya pegang kuat-kuat dan tak akan lepaskan sampai bila-bila.

Iman memang turun naik. Tipulah kalau kata saya tak pernah miss mengaji. Pernah miss. Tipulah kalau saya kata tak pernah malas dalam beribadat. Tipulah. Saya sendiri yang didik diri saya. Ajar sampai lumat diri saya, baca tazkirah kat telegram, kak hassanah, ustaz Addin, baca je, ustaz kat instagram, semata-mata nak naikkan iman. Kalau tak banyak naik, sikit pun jadilah. Semua buat dosakan..

Yang pernah alami seperti apa yang saya ceritakan diatas, please jangan terus berputus asa, jangan! Teruskan perjuangan kamu itu. Bukannya kamu salah, kamu tidak salah. Cuma kamu kurang usaha. Jangan putus asa. Kalau rasa lemah, putus asa, malas solat, pergilah ambil wuduk dan mengaji. Dengan al-Quran, dia akan membantu kita semua.. In shaa Allah..


Happy Eid Mubarak!

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Pagi raya, cuaca mendung and redup je!

Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana kita sempat merasai nikmat pada bulan Ramadhan dan sempat juga merasai nikmat pada pagi syawal. Alhammdulillah. Raya tahun ni lain sikit, agak berbeza dengan raya pada tahun-tahun sebelumnya. Tahun terasa best dan ‘tak syabarr’ nak raya. Entah kenapa, umur dah masuk 21 tahun pun, tapi still macam kanak-kanak lagi. Hahaha Bukan ‘tak syabarr’ nak raya yang masa kecik-kecik exited kemain tu, tapi tahun ni rasa lain sikit..
Tahun ni, tak beli kasut raya, tak buat or beli shawl sendiri, tak beli handbag and etc..

Sepatutnya handbag and shawl beli online tapi semuanya sold out dan sebab telefon rosak hantar kedai selama sebulan, maka tak sempatlah untuk order awal-awal. Memang rasa nak menangis pun ada. Pujuk diri sendiri mungkin tak ada rezeki. Shopping raya last-last minit, masuk macam-macam kedai jenis kasut, satu pun tak berkenan, tak ada hati langsung nak shopping kat luar, entah kenapa entah. Handbag punyalah berlambang bakhang! Tapi satu pun aku tak berkenan. Korang tahu taste handbag aku lagu manaa? Sling bag! Tapi setiap kali aku sentuh sling bag yang memang menarik perhatian aku, bila tengah harga, makk aihh.. Terkenciitttt aku kat situ, letak balikk tempat dia..

Susah sebenarnya shopping kat luar ni, depan mata semuanya nampak mahal jeeee.. Sebab tu aku suka shopping handbag online je kat Natasya Couture! Murah murah. Sesuailah dengan kemampuan aku. Raya kali ni, duit gaji habis pada rumah, ibu nak hias itu, nak hias ini.. Nasib tak keterlaluan, boleh terima lagilah. Balance 200 dalam purse, 100 untuk birthday surprise ayah aku buat kat The Windmill Station, share dengan adik-beradik, 100 lagi aku sponsor kek SR. Hah berapa je yang tinggal. Then lepas tu, akak aku bayar hutang itu ini, 50. Dah bagi atok nenek.. Untuk diri sendiri first time taka da. Serius.. Tapi langsung tak terusik hati ni hah.. Raya tetap rasa best, Sebab apa?

Hari raya adalah hari kemenangan, pakai baju baru, wangi-wangi kan. Mungkin sebab raya tahun ni rasa best sebab penghijrahan aku. Rasa lain macam. Tahun lepas, beria-ria aku raya beli itu ini and macam-macam lagi lah! Tapi feel raya tu biasa-biasa je, hambar, nikmat raya tu macam hilang kata pa yang aku shopping, hah.. Niat tu tak betul, nak shopping, beli barang-barang sebab nak nampak cantik pada mata orang.. Sebab tu raya hambar je.. Tapi tahun ni terbaliklah.

Bangun je pagi syawal, sejuk, dingin, baru lepas hujan.. Alhamdulillah hujan kan rahmat, setelah sekian lama, hujan tak turun, dan dengan izin Allah, pagi syawal, tiba-tiba hujan, dengan angina yang kuat.. Before subuh kowt hujan, sebab memang tersedar and takut sebab angina sangat kuat hujan pun lebat. Raya yang penuh kesederhanaan, raya yang aku cari-cari selama ni. Kalau sebelum ni, pagi raya beria-ria aku make up hah.. Pakai eye shadow, blusher, eyeliner, memacam.. Tapi tahun ni, tak dak langsung dah kat muka ni, hanya bedak je la.. Janji selfie tetap selfie.. Kena juga tinggalkan moment-moment indah. Semua orang buat macam tu kan.. Tak akanlah nak tinggalkan masa berlalu macam tu je.. Dah tak nampak dah orang guna camera digital lagi, semua orang guna handphone sendiri.. Camera telefon dah ada dah.. Huhuhu zaman dah maju. Kah!


Tahun ni, ramai yang pakai warna hijau, ungu dan merah.. Saya #teamblueblack! Siapa sama team dengan kitaaaaa angkat tangan!! (krik krik krik) Okey lah okey lah.. Yang mana nak sambung mencekik tu cekiklah, kalau sampai berry2, aku tak tahu eh! Yang mana nak sambung jalan raya tu, hah jalan lah! Jalan, jalan jugak! Solat jangan lupa.. Dan akhir kata, saya nurrul najiha atau lebih dikenali sebagai nuna pringia (cewah angkat bakul sendiri), menyusun sepuluh jari memohon ampun tersilap kata budi bicara segala gurau senda yang terguris hati, terkecil hati, minta maafkan dan saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin! 

Happy Eid Mubarak guys!